“Semoga Dapat Anak Yang Unlimited” – Nabil Ahmad Bagi Ucapan Istimewa Buat Neelofa Dan PU Riz

Pelawak Nabil Ahmad cukup teruja dan mendoakan kebahagiaan rakan pengacaranya, Noor Neelofa yang sudah bertemu jodoh semalam.

Menurut Nabil, dia bersyukur apabila akhirnya Neelofa bertemu dengan seorang lelaki soleh sebagai suami.

“Tahniah, syukur alhamdulillah akhirnya berjumpa dengan suami soleh. Semoga kekal melalui kehidupan sebagai suami isteri.

“Sabar banyak dan semoga mendapat anak yang unlimited. Tahniah Lofa sekeluarga dan PU Riz,” kata Nabil ketika dihubungi

Gempak.Nabil turut memaklumkan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Neelofa yang berlangsung pada Sabtu.

Namun mendengar perbualan dirinya bersama Neelofa sewatu kedua-duanya menjadi pengacara sebuah program Islamik di Astro pada

Khamis, dia sudah membeli hadiah perkahwinan untuk diberikan kepada pasangan mempelai, Neelofa dan PU Riz.

“Tahniah Lofa, majlis kau hari Sabtu kan? Sorry aku tak dapat datang. Zira cakap kalau kau buat malam kitorang datang. Aku dah siap beli hadiah, mesin basuh,” kata Nabil sambil berseloroh.

Pada Sabtu, Neelofa, 32, dan PU Riz, 26, selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Grand Hyatt,Kuala Lumpur.

Majlis yang terdiri daripada 200 tetamu itu dihadiri teman-teman rapat selebriti dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Kredit foto: Wedlocx.co dan Instagram Nabilzira

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?