“Dia Gemvk Lain, Dia Gemvk Ada Bendalah…!” – Fauziah Nawi Pecah Rahsla Maryam Mengandvng?

Instafamous, Maryam You Narae terkejut apabila pelakon veteran Fauziah Nawi secara bersahaja mendedahkan pemilik jenama Durian Kimchi itu sedang ham1l.

Malah reaksi yang dipamerkan Maryam selepas Fauziah menegvr mengenai bentuk tubuhnya seperti sedang berbadan dua, menguatkan lagi dakw4an tersebut.

Fauziah yang menjadi tetamu jemputan dalam episod kesepuluh program Punchline DAC musim kedua itu pada awalnya hanya menjawab soalan hos, Datuk AC Mizal mengenai tips menurunkan berat badan.

Semuanya bermula apabila Datuk AC mula menyakat dan menegvr Maryam yang kononnya kelihatan gemvk, telah disambut spontan oleh Fauziah.

“Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah! Badan perempuan mengandung bukan gemvk tetapi dia mengembang pada bahagian tertentu,” katanya menyebabkan Maryam ternganga!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Datuk AC kemudiannya bertanya kepada Maryam bagaimana Fauziah boleh tahu tentang keham1lannya, malah sempat meneka isteri kepada Rizal Ibrahim itu sedang ham1l anak perempuan.

“Saya teka sahaja, mungkin saya salah,” kata Fauziah lagi.

Walaupun tidak mengiyakan telahan Fauziah, Maryam berjanji akan memberitahu mengenai jantina anaknya selepas dua bulan.

“Macam mana ibu tahu baby giril? Nanti dua bulan lagi saya kasi tahu,” kata Maryam yang juga sidekick kepada Datuk AC di Punchline DAC.Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut daripada pasangan Instafamous DurianKimchi.

Jika telahan Fauziah benar, tahniah daripada Gempak buat Maryam dan Rizal!

Maryam You Narae berasal dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan berkahwin dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, seorang jejaka Melayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Nama Maryam mula menjadi perhatian pelayar media sosial Malaysia menerusi video-videonya mempelajari bahasa Melayu yang dimuat naik menerusi saluran Duriankimchi TV YouTube.

Pastikan korang tak ketinggalan untuk bersama hos kesayangan, Dato AC Mizal, Maryam dan PS Mansur kerana mereka bakal bergabung dan memeriahkan Punchline DAC dengan selebriti popular tanah air.

Segalanya dalam Punchline DAC, setiap Rabu jam 9.00 malam hanya di Astro Warna & Warna HD.

 

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?