Pemuda Putvs Cinta Berzikir di Ruang Nikah JAWI, Masuk2 Terus Duduk di Pelamin Dan Mengaji Dgn Kuat

” Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.”

Demikian perkongsian JAWI di laman Facebook yang menarik perhatian ramai.

Terdahulu, tndakan seorang pemuda yang memasuki ruang majlis akad nikah di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur dengan berkaki ayam dan bersendirian pagi tadi menimbulkan pelbagai persoalan.

Lebih mengejvtkan, lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu dilihat terus duduk di pelamin sebelum mengalunkan zikir istighfar dan mengaji dengan nada suara yang kuat.

T1ndakan berkenaan menimbulkan persoalan dalam kalangan kakitangan Jawi di tingkat 3, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga itu sebelum mereka bertndak mendekati dan menenangkan lelaki berkenaan.

Difahamkan, lelaki berkenaan mengalami tek4nan per4saan akibat putus c1nta.

Gambar lelaki berkenaan yang sedang ditenangkan dua pegawai keselamatan Jawi turut dikongsi menerusi laman Facebook jabatan itu hari ini.

Sementara itu, seorang kakitangan Jawi yang dihubungi Kosmo! berkata, dia antara orang terawal yang mendekati lelaki berkenaan.

Katanya, selepas didekati, lelaki itu sedang duduk di atas kerusi yang dikhaskan untuk bakal pengantin lelaki bagi upacara akad nikah sambil mengalunkan zikir istighfar.

” Saya ada bertanya nama dan tujuan dia datang ke sini namun, dia hanya mengangguk dan tidak menjawab sebaliknya terus berzikir.

” Saya kemudian membacakan ayat penenang dan minta lelaki itu mengambil wuduk sebelum memberikan dia segelas air,” katanya.

Katanya, menerusi perbualan singkat dengan lelaki itu seperti seolah-olah dia baharu putus cinta.

Jelasnya lagi, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum lelaki itu dibawa keluar oleh dua anggota polis sejam kemudian bagi tndakan selanjutnya.

Sementara itu Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi satu perkongsian di laman Facebook turut mendoakan pemuda terbabit.

” Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tek4nan per4saan akibat putvs cinta.

” Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya.

Dalam pada itu rata-rata warganet turut mendoakan lelaki terbabit dipermudakan urusan dan bertemu jodoh dengan wanita lain.

” Harap tak ada mana-mana pihak membahan/berjenaka dengan situasi orang yang sedang diuji. Semoga Allah memberi penyembuhan dan kekuatan kepada individu tersebut.” tulis Sam Wor.

” Allah yg berkuasa…sesungguhnya kita tiada daya upaya kecuali dgn izinNya..putus, rob0h, musn4h atau teguh adalah di bawah izin dan mahuNya.” tulis Izhar King.

” Bersabarlah tau maybe ade hikmah xde jodoh tu mcm aku pernah rasa 5 tahun hanya sia2 je tp Allah gantikan dengan jodoh yg betul2 dan sgt2 dipermudahkan masa nk kawen.. Alhamdulilah kena yakin dgn Allah swt je..” tulis Ekudz Sohor

 

Sumber:k0smo via limauais

Apa komen anda?