[VIDEO] Aksi Penyanyi Lelaki Selamba Clum BCL Atas Pentas Dik3cam Netizen

Baru-baru ini, konsert penyanyi Bunga Cinta Lestari telah menjadi perbualan orang ramai di platform media sosial setelah tular satu video memaparkan seorang penyanyi lelaki mencium isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair di atas pentas.

Ray Prasetya jadi buruan netizen

Aksi spontan penyanyi BBNU Ray Prasetya memberi kucupan di pipi Bunga Citra Lestari ketika mengadakan persembahan mengundang kec4man banyak pihak yang kurang senang dengan aksi itu.

Peminat menganggap Ray bersikap kurang sopan memandangkan usianya masih muda manakala Bunga atau BCL merupakan penghibur terkenal Indonesia.

“Umurnya masih muda, berani bertindak sedemikian terhadap orang yang lebih tua daripadanya. Hormatilah wanita. Mungkin BCL juga tidak suka dengan aksi itu tetapi terpaksa menahan marah kerana berada di hadapan ribuan penonton.

“Sebagai penyanyi baru sepatutnya dia bijak menjaga sikap. Tak sopan dan biadab mencium wanita yang bukan mahram. BCL wanita yang dihormati, tak baik buat begitu,” kata netizen

Konsert tersebut diadakan di Singapura dan penyanyi yang mesra dikenali sebagai BCL itu telah menjemput beberapa penyanyi lain untuk berganding dengannya di atas pentas.

Antaranya adalah Ray Prasetya dan tindakan penyanyi terbabit mencium BCL telah membuatkan netizen berasa kurang senang melihatnya.

Video :

Kelihatan di dalam video tersebut, BCL terkejut dengan tindakan spontan penyanyi muda tersebut kerana secara tiba-tiba menciumnya. Namun BCL tidak menunjukkan reaksinya yang negatif dan tidak mengendahkannya kerana dihadapan peminat yang ramai ketika konsert sedang berlangsung.

Komen Netizen :

Biarpun niat lelaki berkenaan hanya ingin mencipta momen romantis di atas pentas, tetapi aksinya itu dicemuh ramai pihak. Malah ada yang berkata ia sebagai satu penghinaan.

Selain Ray, Ariel Noah juga menjadi artis jemputan pada konsert tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : twitter

Apa komen anda?