Pelakon Remy Ishak Jadi M0del Beg Untuk Isteri, Ramai Perasan Ada Ssuatu Tak Kena Dngan Beliau

Kuala Lumpur – Penampilan pelakon terkenal, Remy Ishak yang berambut panjang did.akwa seperti orang tak terurus menc.uri perhatian netizen selepas video siaran langsung Tik.Tok bersama isterinya, usahawan Ezza Yusof tular.

Namun begitu, menerusi siaran langsung tersebut, Ezza menjelaskan keadaan rambut suami tercintanya itu adalah kerana penggambaran sebuah filem.

Sekadar info, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon p.opular. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.

Pada tahun 2005, Remy mendapat peluang berlakon melalui filem cereka pertama pengarah muda Osman Ali yang berjudul Akuarium Cinta apabila Remy menghadiri ujibakat yang dikendalikan Osman.

Seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Akuarium Cinta sungguhpun dia tidak ada latar belakang seni. Namun demikian filem tersebut masih terb.antut pembikinannya hingga kini.

Sebab Rambut Panjang

“Abang Remy baru saja selesai penggambaran filem, sebab tu rambut dia panjang macam ni,” ujar Ezza.

Video tular berdurasi 19 minit itu memaparkan aktor Pujaan Hati Kanda itu menjadi m.odel kepada isterinya yang sedang menjual beg wanita.

VIDEO : 

Apa yang menarik perhatian ialah ramai dalam kalangan netizen yang terhibur melihat raut wajah Remy yang seakan terpaksa mengikut kehendak isteri tersayang untuk menjadi model.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen memuji Remy kerana memberi sokongan sepenuhnya terhadap isteri yang berusaha menjual produk keluarannya.

Memetik laporan, difahamkan aktor berkaliber itu sedang berehat dari dunia lakonan kerana merasakan dirinya sudah hilang.

Buat masa sekarang saya berehat dari dunia lakonan. Dah lama sangat tak jadi diri sendiri. Saya pun dah jadi keliru, saya ini apa sebenarnya

kredit : HotFM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : onlinemalaya

 

Apa komen anda?