“Jangan Ada Orang Ketiga Masuk Campur” – Ajak Shiro Kongsi Tips Rumah Tangga

Pelawak dan pengacara Ajak Shiro menegaskan tidak perlu penglibatan orang ketiga dalam sesuatu perhubungan rumah tangga.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 33, orang ketiga ini tidak semestinya terdiri daripada kawan-kawan, malah ibu bapa juga boleh dikategorikan sebagai orang luar dalam kehidupan suami isteri.

“Sebenarnya dalam hubungan ni, bila ada orang ketiga yang tolong, dia bukan buat hubungan tu makin elok pun.

“Tapi melihat banyak hubungan suami isteri di luar sana, ada beberapa pasangan selebriti yang layak dipuji.

“Dalam hubungan mereka ni, walau apa pun masalah yang melanda, tak pernah saya nampak mereka letak di laman sosial,” katanya.

Ajak ditemui ketika majlis sidang media program pencarian bakat Raja Lawak Junior yang tertempat di The Love, Matic, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambah Ajak, dalam perhubungan suami isteri juga, tidak perlu ada sebarang rahsia termasuklah kata laluan telefon bimbit dan laman sosial.

“Isteri saya memang ada akses untuk akaun Instagram saya, selalu je ada perempuan hantar gambar ke apa jadi dia yang akan tengok dulu.

Saya tak pernah fikir perkara itu sebagai mengongkong pun. Itulah caranya kalau nak menghindarkan rumah tangga kita daripada retak.

“Pada saya, kalau dah namanya suami isteri, memang tidak ada rahsia apa-apa yang perlu disimpan”, ujarnya lagi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🌳 . @afifahamin . #amanah #yangmano #sayaajakdansayatidaksombong

Siaran dikongsi oleh Ajak Shiro (@ajakshiro) pada

Mengikuti perkembangan terkininya, Ajak bersama Ain Edruce bakal mengacarakan program Raja Lawak Junior yang akan bersiaran bermula 10 Ogos, jam 9 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa komen anda?