“Merdunya” – Peminat Terpegun Dengar Alunan Merdu Alif Satar Baca Surah Al-Fatihah

Penyanyi dan pelakon Alif Satar mendapat pujian daripada peminatnya selepas memuat naik video sedang membaca surah Al- Fatihah.

Video pendek dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya yang merakamkan Alif begitu asyik membaca Al-Fatihah turut diserta dengan coretan ringkas.

“Whenever I feel down, scared,nervous… This keeps me calm. Kena ingat yang segala aturan Dia adalah yang terbaik untuk kita… Insya-Allah. Salam Jumaat semua,” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

whenever i feel down,scared, nervous.. this keeps me calm. Kena ingat yang segala aturan Dia adalah yang terbaik untuk kita.. insyaAllah. salam jumaat semua♥️

Siaran dikongsi oleh Alif Satar™️ (@alifsatar) pada

Menerusi perkongsian tersebut, ruangan komen Alif rata-rata dihujani dengan coretan peminatnya amat mengagumi kemahiran dan kemerduan suara penyanyi berkenaan.

Terdahulu, Alif dan isteri mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.

Dalam perkembangan terbaru, isteri Alif Satar kini sedang hamil anak ketiga.

Sumber: Gempak 

Apa komen anda?