[16 GAMBAR] Intan Ladyana Dedahkan Punca Mengapa Dia Menghilangkan Diri

(Sila skrol ke bawah untuk melihat gambar terbaru Intan Ladyana)

Kehilangan Intan Ladyana setahun kini terjawab. Puncanya agak mengejutkan. Dah lama tak nampak pelakon Intan Ladyana di tv kan? Selepas setahun lamanya, wartawan cuba cari dan akhirnya berjaya mendapat jawapannya. Tak sangka rupa-rupannya selama ni…

PUNCA LAMA MENGHILANG

Pelakon Intan Ladyana tidak menafikan punca dia hilang daripada industri hiburan selama setahun kerana kontroversi putus cinta bersama aktor Kamal Adli.

Intan, 34, berkata, dia mengambil keputusan mendiamkan diri kerana tidak mahu isu berkenaan menjadi besar sehingga menyebabkan timbul perbalahan di antara kedua-dua belah pihak.

“Saya akui salah satu sebab saya berehat seketika sebelum ini kerana perkara itu kerana seboleh-bolehnya saya memang tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara itu.“Kalau saya keluarkan kenyataan nanti ia akan menyebabkan ada susulan lain yang pada akhirnya ia tidak akan berkesudahan.“Lebih baik saya berdiam diri sahaja dan ia lenyap dengan sendirinya,” katanya kepada mStar Online.

TAKDE MASALAH SELEPAS BERPISAH

Mengulas tentang hubungannya dengan Kamal kini, Intan berkata, mereka tidak mempunyai sebarang masalah namun masih belum sempat bertemu sejak berpisah.

Dalam pada itu, Intan tidak mahu lagi bercakap tentang soal peribadi kepada umum kerana bimbang kejadian serupa berlaku sehingga menimbulkan rasa malu kepada dirinya.

Jelas Intan, jika dia mempunyai teman lelaki sekali pun dia tidak akan bercerita mengenainya selagi belum ada apa-apa ikatan sah di antara mereka.

“Jika tentang perkara lain atau perkembangan karier, saya akan kongsi tetapi tidak lagi tentang peribadi.“Status saya sekarang? Rahsia. Biarlah saya sahaja yang tahu dan tidak perlu diheboh-hebohkan sama ada saya ada kekasih atau pun tidak,” katanya.

REHAT SANTAI SETAHUN

Bercakap mengenai tempoh hilangnya sebelum ini, Intan berkata, dia banyak menghabiskan masa dengan berehat dan melancong bagi merehatkan minda selepas sibuk bekerja.

Malah kata Intan, sepanjang tempoh itu juga, dia dapat melakukan rutin yang jarang dilakukan bersama rakan-rakan dan keluarga.

“Saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara sebelum ini dan tindakan mengambil rehat panjang itu sebenarnya tepat kerana saya memang memerlukannya.“Selain melancong dan melakukan rutin harian yang jarang dapat saya lakukan, tempoh itu banyak mengajar saya mengenali diri sendiri,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Intan berkata, Ramadan tahun ini dia kembali merancakkan aktiviti seninya dengan menghadiri jemputan berbuka puasa bersama anak yatim atau acara hiburan lain.

Bagaimanapun dia masih belum menerima sebarang tawaran lakonan dan hanya kembali aktif selepas Aidilfitri kelak.

“Bulan Ramadan ini juga saya ingin ambil kesempatan merebut untuk beribadah dan menghabiskan masa bersama keluarga dan sesekali menghadiri acara hiburan jika ada jemputan.“Insya-Allah selepas hari raya barulah saya akan kembali aktif berlakon kerana sudah setahun juga tidak berlakon,” ujarnya.

Wah makin cantik sekarang. 

Aduh masih manis dan cantik lagi Intan sama seperti dahuu tiada beza.

Hmmm jujur bila tengok gambar-gambar Intan rasa rindu nak tengok Intan beraksi di hadapan kamera.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Berita Steady

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[16 GAMBAR] Intan Ladyana Dedahkan Punca Mengapa Dia Menghilangkan Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*