Dikrltik Apabila Beri Baby Minum Air Kosong, Nourul Depp Perjelas Cerita Sebenar Disebalik Air Kosong

Penyanyi Nourul Depp berkongsi sebuah video  bersama anak bongsunya, Isabella Depp di Instagram TV.

Menerusi entri tersebut, kelihatan Nourul sedang memberi air kosong kepada Isabella menggunakan botol susu.

Menjengah di ruangan komen, terdapat seorang netizen bertindak menjadi ‘mak cik bawang’ menegur tindakannya memberi bayi seusia lima bulan minum air kosong.

“Assalamualaikum. Maaf mencelah. Cuma nak bagi pandangan, seeloknya jangan bagi anak (baby) minum air kosong dulu.

“Seeloknya galakkan bagi anak (baby) minum susu ibu pasa umur baby baru lahir sehingga 2 tahun, kerana susu ibu itu adalah lebih baik sebaiknya daripada air kosong.

“Susu ibu itu dah lengkap semuanya untuk baby.. Dan jangan galakkan bagi baby minum air kosong. Terima kasih,” tulis netizen itu.

Namun, ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen positif dan mempertahankan tindakan Nourul.

Ada peminat bersetuju dengan tindakan Nourul kerana mereka juga melakukan perkara yang sama.

Isabella selamat dilahirkan pada 30 April lalu melalui pembedahan.

Penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan sebelum ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3.

Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang berusia 20 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bagi lepas huang yang dok terbuku. Yang dok risau resah gelisah

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dikrltik Apabila Beri Baby Minum Air Kosong, Nourul Depp Perjelas Cerita Sebenar Disebalik Air Kosong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*