“Saya Salah, Minta Maaf,”- Ditduh lsu ‘Body Shaming’ Sherry Al Hadad, Ini Komen Mark Adam

Kesal dengan kata-kata yang mungkin dianggap ‘gurauan’ pada awalnya, penyanyi dan guru vokal, Mark Adam secara profesinal mengakui khilafnya gara-gara menyentuh perihal fizikal Sherry Al Hadad.

Kenyataan yang dibuat secara seloroh pada sesi komen juri itu sebelum ini dikr1tik ramai.

Bagaimanapun, Mark tampil memohon maaf secara terbuka menerusi video yang dirakamnya di Instagram, sebentar tadi.

“Pertama kali saya nak minta maaf pada semua dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage 2019.

“Saya kalau bergurau macam di rumah dengan rakan-rakan artis.

“Tapi semalam saya salah, sebenarnya ada sambungan lagi tapi saya tak sempat nak sambung. Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak di luar sana yang terasa. 

 “Saya mohon maaf dan apa yang terjadi adalah tidak profesioanal. Saya akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi, maafkan saya semua.

“Saya sangat menyesal malam kejadian. Maafkan saya semua,” kata Mark tenang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Popular dengan personaliti yang selamber dan lucu, ruangan komen di Instagram bintang tersebut dihujani pelbagai reaksi.

Semalam, Mark ada menyentuh mengenai fizikal bintang Geng itu.

“This opportunity is very big you see, even the host is big,” katanya ketika sesi penjurian juri usai persembahan peserta Thailand, Chaleeda Gilbert.

Terdahulu, Mark merupakan juri jemputan menerusi program realiti, Big Stage 2019 malam tadi disamping Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan sebagai juri tetapnya.

Video : Instagram Mark Adam

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Media Hiburan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Salah, Minta Maaf,”- Ditduh lsu ‘Body Shaming’ Sherry Al Hadad, Ini Komen Mark Adam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*