“Ini Rumah Ke Istana?” – Bukan Calang2 Orang. Harga Rumah Mewah 10 Selebriti Malaysia Ini Buat Ramai Ternganga!

Profesi sebagai selebriti atau artis memang tidak pernah jauh dari mengumpul harta dan benda mewah seperti memiliki rumah mewah. Terutama bagi artis yang sudah melebarkan sayap hingga ke peringkat antarabangsa.

Memang tidak mudah untuk menempatkan nama sebagai artis di Malaysia. Selain persaingan yang ketat, perjalanan kerjaya dari bawah harus bermula dengan susah payah. Namun akhirnya berjaya juga memiliki aset sendiri seperti rumah mahupun kondominium.

Jadi, siapa saja artis-artis Malaysia dengan kekayaan kondominum mewah dan properti hingga mencecah jutaan ringgit! Jom bersiap sedia untuk terpukau dengan rumah mewah artis berikut ini:

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah dihadiahkan oleh  suaminya pelawak Shuib (Sepahtu) sebuah kondominium berkembar sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga mereka Ariq Matin. Kondominum mewah itu terletak di Puchong  dan menurut hasil pencarian kami, kediaman mereka dalam lingkaran RM729k hingga RM1.6 Juta untuk seunit.

Seperti diketahui umum, Aliff Syukri Terlajak Laris yang gemar “update” aktiviti hariannya untuk ditularkan di beberapa media sosial miliknya, kini sudah berpindah ke mahligai impian bersama isteri, anak-anak dan orang gajinya.

Aliff, 31, bagaimanapun tetap menafikan niat beliau “menunjuk istana” seluas 400,000 kaki persegi dibina di atas tanah berharga RM13 juta itu sebagai perbuatan riak atau menunjuk-nunjuk.

 

Tanpa memberitahu harga sebenar keseluruhan rumah agam tersebut, beliau sudah pun mengeluarkan RM11 juta bagi kos hiasan dalaman barangan di dalam “istana” impiannya itu.

Selain memiliki sebuah Istana mewah di Kota Damansara, Aliff turut memiliki kediaman di Pavilion Kuala Lumpur.  Kondominium yang terletak di Bukit Bintang ini boleh mencecah RM4 Juta kerana harganya bergantung pada saiz keluasan dan permandangan dari jendela yang berbeza-beza.

Kediaman mewah yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, pelakon Anzalna, menerusi laman sosial instagramnya, sering berkongsi gambar keindahan kondominum mewahnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Anzalna, rumah baru ini dilengkapi dengan kolam renang  dan permandangan spektakular Kuala Lumpur yang sangat eksklusif. Kondominium mewah yang terletak berhampiran dengan KLCC ini dianggarkan  berharga dalam sekitar RM500k hingga RM2.6 Juta.

Sebelum ini, Rozita Che Wan pernah menarik perhatian ramai ketika memuat naik foto dirinya berlatar belakangkan sebuah banglo mewah miliknya yang baru saja dibeli.

Ramai yang kagum dengan beliau dan tidak kurang juga mereka yang mengkritik beliau terlalu ingin menunjuk. Timbul juga teka-teki mengenai harga banglo tersebut dan ada yang mengatakan banglo berkenaan yang terletak di sebuah kelab golf di Kota Damansara itu bernilai lebih daripada RM 3 juta.

Malah, Che Ta menerusi akhbar Kosmo mengakui banglo mewah miliknya itu bernilai RM 5 juta. Che Ta meminta agar orang ramai tidak lagi mempertikaikan pengakuan beliau mengenai harga rumah tersebut.

Ya, memang harga banglo yang dibeli itu mencecah RM5 juta. Kalau ikutkan, saya tidak mahu berkongsi akan hal ini kerana nanti dituduh riak dan sebagainya. Namun, apabila ada yang mendapat tahu mengenai harganya, lebih baik saya berterus terang sahaja.

Menurut Che Ta, banglo berkenaan adalah hasil titik peluhnya dalam bidang perniagaan sejak beberapa tahun ini. Banglo itu juga masih dalam proses ubah suai dan menelan belanja sebanyak RM 1 juta.

 

Si cantik Neelofa sejak umurnya 26 tahun,dia sudah punya perniagaan sendiri.Tahun demi tahun, bisnes hijab yang di usahakan oleh Neelofa telah di pasarkan ke luar negara hingga mencatat jualan mencecah RM 50 juta dan ke atas. Dengan kejayaannya dalam dunia bisnes, Neelofa juga di nobatkan sebagai usahawan sukses dan menjadi jutawan sebelum usianya 30 tahun.

Berkat usahanya dan popularitinya dalam banyak bidang seperti bidang lakonan, pengacaraan,menjadi duta dan turut terpilih sebagai antara ahli pengurusan Air Asia, sudah tentulah kewangan dan ekonomi Neelofa semakin kukuh.Tidak hairan jika anda boleh tengok Neelofa boleh bergaya sakan dengan hasil titi peluhnya sendiri.

Neelofa juga di khabarkan sudah membeli sebuah rumah mewah baru yang sangat cantik. Rumah itu mempunyai kolam renang yang sangat indah di hadapannya dan apabila naik ke tingkat atas, penghuninya boleh melihat view yang cantik beserta pemandangan menara KLCC nun jauh di sana.

Enam tahun mendirikan rumah tangga dan segala susah senang ditempuhi bersama, kini rezeki pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semakin murah. Aeril sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila menghadiahkan isteri tercinta sebuah rumah dengan dekorasi yang cukup elegan dan mewah.  Ini adalah rumah pertama mereka berdua sejak berkahwin.

Wawa menerusi akaun Instagramnya sempat memuat naik video ucapan terima kasih terhadap suami tercinta yang selalu kerja keras untuk memberikan yang terbaik buat keluarga mereka. Untuk pengetahuan anda, mahligai pasangan ini mengambil masa selama setahun untuk pengubahsuaian.

Rata-rata netizen cukup teruja melihat hiasan cantik didalam rumah mereka itu dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat mereka.

Jom tengok koleksi Gambar Rumah Banglo Mewah Siti Nurhaliza Di Empat Lokasi Yang Berbeza. Semua sudah maklum bahawa kekayaan Datuk Siti Nurhaliza ditambah pula dengan suaminya Datuk K membuatkan Siti mampu dan suami  mampu memiliki dan membeli  4 buah rumah banglo di Malaysia dengan harga jutaan ringgit. Jom lihat gambar rumah Siti Nurhaliza.

 

Di Cameron Highlands

Di Cheras

Di Bukit Antarabangsa

Di Kuala Lipis, Pahang

Siapa yang tak kenal dengan Dato Seri Vida. Beliau sememangnya antara salah seorang jutawan kosmetik di Malaysia. Beliau adalah pengasas produk jenama Pamoga dan Qu Puteh. Tagline Dato Seri Vida juga memang sudah sinonim dengan di mulut masyarakat kita iaitu ‘Qu Puteh Qu Puteh Baru La Puteh’.

Memang tidak dinafikan lagi kekayaan jutawan Dato Seri Vida memang melimpah ruah.

Tetapi apa yang kita nak bincangkan di sini ialah mengenai salah sebuah rumah beliau yang bernilai hampir rm20 juta. Wow!! tue baru salah sebuah rumah beliau. Dikhabarkan beliau mempunyai hampir 17 koleksi rumah di Ipoh Perak. 

Saya sendiri masih tidak percaya ini semua suatu kenyataan,” tutur Linda Onn membuka pintu bicara mengenai kediaman barunya di Setiahills yang terletak di Bukit Indah, Ampang.

Banglo dua tingkat dengan keluasan termasuk tanah yang mencecah 8,000 kaki persegi (743 meter persegi) yang terletak di pinggir kawasan metropolitan Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Bandar Baru Ampang dan Ampang Jaya itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 45 buah banglo berkonsep resort atau vila spa Bali.

 

Merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan eksklusif dengan kawalan keselamatan 24 jam, Setiahills yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah terbesar di Malaysia, SP Setia itu dibina dengan pelbagai reka bentuk. Harga setiap bangl0 tersebut pula mencecah antara RM2.2 hingga RM3.6 juta (tetapi kini b0leh mencapai harga RM7 juta!!!).

Sumber; mediaohsem.com via beritasteady & menujukebenaran.com 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ini Rumah Ke Istana?” – Bukan Calang2 Orang. Harga Rumah Mewah 10 Selebriti Malaysia Ini Buat Ramai Ternganga!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*