Bekas peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018, Kamal atau nama sebenarnya, Mohd Kamal Shah Saharuddin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira jam 4.40 petang tadi.
Beliau yang juga anggota kumpulan Chilok dikatakan meninggal dunia di Hospital Putrajaya dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada esok.
Sebelum ini, Kamal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terbabit kemalangan jalan raya pada Khamis lalu.
Kamal dibawa ke Hospital Putrajaya dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Akibat kemalangan itu, Kamal mengalami kecederaan pada anggota badan dan kepala serta dikatakan tidak sedarkan diri.
Selain Kamal dan Chiwan, kumpulan Chilok turut dianggotai seorang lagi pelawak dikenali sebagai Achok.
Semoga kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya.