Hafreez Adam dan Zara Zya selamat bertunang hari ini

Pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya selamat melangsungkan pertunangan di Kuang, Sungai Buloh, hari ini.

Majlis Hafreez, 29, atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak dan rakan sahaja.

Hafreez dan Zara yang juga pelakon drama Monalisa dikatakan bertunang dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun.

Hafreez turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang tidak berhenti mendoakan kebaikan buat mereka.

Beliau turut mengharapkan semoga peminat dapat doakan yang baik-baik untuk mereka dan segala dirancang berjalan lancar.

Pada majlis pertunangan itu, Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak Zara.

Pasangan itu dikatakan mula bercinta sejak dua tahun lalu.

Apa komen anda?