Hagibis landa Jepun.

Jepun telah dilanda taufan paling kuat dalam tempoh beberapa dekad sahaja. Terpaksa memberi arahan berpindah berjuta penduduk apabila bandaraya Tokyo lumpuh dan telah dinaiki air. 

Menjelang pagi tadi, pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir dan hujan lebat di sekitar Kanto dan meluaskan amaran itu ke kawasan lain di bahagian utara. 

Taufan Hagibis juga dijangka akan bergerak ke bahagian laut pada petang nanti selepas berada di perairan timur laut dan utara kepulauan Hokaido. 

Merujuk Stesen penyiaran swam (NHK), dipercayai empat orang mau t di Chiba, Gunma, Kanagawa dan kawasan kejiranan Fukushima. 

Stesen berkenaan melaporkan seramai 17 manga disahkan masih hilang.

Menurut NHK juga, rumah di sepanjang persiaran sungai Chikuma di Nagano hampir ditenggelami air sepenuhnya dan terpaksa menyelamatkan penduduk menggunakan helikopter penyelamat. 

 

Apa komen anda?