Basah Lencun, Adakah Aksi Panas Zul Ariffin Dan Intan Najwa Keterlaluan

Mula-mula Nadia Brian buat hal dengan berendam dalam kolam renang sambil memakai gaun merah sehingga membelanjakan asetnya buat tatapan netizen sewaktu majlis bridal shower .

Kemudian Raja Ilya pula belanja gambar memakai baju tidur sambil mandi. Kini, tiba giliran foto aksi mandi laut antara pelakon sado Zul Ariffin dan Intan Najwa pula tersebar di alam maya. Untunglah netizen dapat tengok aksi artis kesayangan mandi walaupun majalah Mangga sudah tiada di pasaran.

Jika dahulu, majalah Mangga terkenal dengan paparan artis bergambar berani di tepi kolam renang dengan tagline “Berenang untuk kesihatan”.

Menerusi laman instagram Funta.my, beberapa keping foto terlebih mesra antara hero Malaya, Zul Ariffin dan pelakon Intan Najwa mula menjadi buah mulut netizen. Ia menimbulkan rasa kurang senang berikutan status pelakon wanita tersebut yang kini sudah bergelar tunang kepada Azrul Azwar Rusli.

Foto panas itu memaparkan pelakon lelaki bertubuh sasa itu mendakap erat pelakon wanita itu dengan aksi manja sambil mereka berdua riang bermandi-manda di tepian pantai.

Zul Ariffin pula sebelum ini mengakui yang dia sudah pun mempunyai buah hati dan bercadang untuk berkahwin pada tahun hadapun biarpun identiti pasangannya masih blum didedahkan.

Mungkinkah foto-foto yang tersebar ini merupakan antara aksi-aksi daripada babak drama terbaru mereka berjudul Setelah Ku Dimiliki yang kini bersiaran di slot Akasia Tv 3 diadaptasi dari novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry.

Sumber Ohbulan

Apa komen anda?