Foto ‘lencun’ Intan & Zul Ariffin tular dan dikatakan dalam babak drama, ini respon mengejutkan dari pengarah

Sejak semalam tular gambar mesra Intan Najuwa dan juga pelakon lelaki kegilaan ramai Zul Ariffin yang basah lencun berendam di pantai.

Angkat2 macam nak bercium je?

Sebelum ini, netizen ada menegur gambar mesra mereka duduk sambil tangan Zul berada di peha pelakon putih mulus itu. kali ini, foto lebih berani mereka juga telah tersebar dan dikatakan adalah salah satu adegan dalam drama yang mereka lakonkan iaitu Setelah Ku Dimiliki di slot Akasia TV3.

“Tiada dalam skrip & saya tak tahu apa2”

Namun begitu, menerusi Harian Metro, pengarah drama rantaian tersebut telah menjelaskan bahawa adegan berani itu tiada langsung dalam skrip dan ia adalah kehendak mereka sendiri.

Osman Ali mengakui terkejut dengan penularan gambar-gambar itu yang nyata adegan-adengan berani pelakon tersebut bukan gimik ataupun cara meraih perhatian untuk rating dramanya.

Dia juga mengakui bahawa memang tiada langsung babak mereka memerlukan beraksi mesra itu walaupun terdapat babak berbulan madu di dalam drama tersebut.

“Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam ‘footage’ kamera kami dan saya tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan.
Tidak ada adegan seperti itu dalam montaj bulan madu dirakamkan.” Katanya.

Sehubungan dengan penularan gambar-gambar berani pelakon-pelakon tersebut, rata-rata netizen telah mulai meninggalkan maklum balas yang pelbagai di Facebook sumber.

Mereka dilihat menurunkan persoalan mengenai penerimaan tunang kepada Intan yang sememangnya pernah menyuarakan rasa terguris melihat adegan-adegan mesra tunangnya dengan pelakon lelaki lain.

Sumber : Harian Metro

Apa komen anda?