Joy Revfa mendedahkan dia menjadi mngsa dan muat naik di laman sosial apa yang dia dapat

GOLONGAN artis dan personaliti media sosial merupakan individu yang kerap berhadapan dengan masalah gangguan se3ksual dan menerima mesej berunsur luc4ah di platform tersebut.

Begitu juga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa mendedahkan dia juga merupakan salah seorang mangsa gangguan se3ksual di Instagram apabila kerap menerima mesej dan foto luca4h daripada individu yang menggunakan akaun palsu.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, berkata biarpun sudah mengambil langkah menyekat beberapa akaun namun masih ramai individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Hampir setiap hari saya kena gangguan se3ksu4al dan terima mesej serta foto luca4h daripada individu yang guna akaun palsu. Dah beberapa kali saya sekat tapi masih tetap diganggu mereka ini.

“Sampaikan dah letih asyik nak sekat akaun yang lakukan perbuatan terkutuk macam ini. Bagi saya, gangguan se4ksu3al di laman sosial semakin berleluasa dah sekarang ini,” katanya kepada mStar.

Pada Khamis lalu, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini ada memuat naik status dan paparan skrin mesej serta foto lucah yang diterimanya menerusi laman Facebook.

Menerusi status tersebut, Joy mahu penjenayah siber berkenaan ditangkap pihak berkuasa memandangkan perbuatan tersebut sudah dianggap melampaui batas dan bimbang keselamatan wanita di luar sana.

“Ada sesiapa kenal pasti penjenayah gangguan se3ksu4al macam mamat ni? Sumbat dalam lokap terus pun tak apa! Dah melampau sangat mereka ini.

“Dah sekat pun masih diganggu lagi! Tak boleh dibiarkan takut nanti anak-anak dara orang semua dia ganggu,” tulisnya.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air turut pernah menjadi mangsa gangguan se3ksu4al di media sosial antaranya Baby Shima, Zizi Kirana, Azar Azmi dan Wan Sharmila.

Sumber Mstar

Apa komen anda?