Alyah dituduh biadab pulang sebelum konsert GV6 berakhir – “Saya nak tanya awak siapa lebih kurang ajar?

PENYANYI Datin Alyah bengang dengan komen yang ditinggalkan seorang netizen di laman Instagram mempersoalkan tindakannya meninggalkan Konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ketika program itu masih bersiaran langsung pada malam Ahad.

Menurut Alyah, 38, kehadirannya di konsert minggu kelima itu adalah sebagai memenuhi undangan persembahan dan perlu pulang awal kerana mempunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan.

“Saya nak tanya awak? Siapa yang lebih biadab dan kurang ajar? Orang yang sudah menjalankan kerjanya dan harus meninggalkan majlis kerana harus menghantar anak saudaranya pulang sebab esok sekolah.

“Atau orang seperti awak (yang biadab)? sebab membiadabkan orang tanpa usul periksa, teks (komen) guna akal bukan guna hasad dengki,” katanya.

Penyanyi lagu Jutaan Purnama ini menjawab salah satu komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Lelaki tersebut mempersoalkan tindakan Alyah pulang awal dan menyifatkan isteri kepada juri tetap GV6 iaitu Datuk Ramli MS ini sebagai biadab.

“Artis paling biadab, orang tengah perform kau elok pula blah (balik) macam itu saja,” tulis netizen berkenaan.

Rata-rata pengikut di Instagram bersetuju dengan jawapan balas Alyah dan berpendapat dia mempunyai alasan tersendiri perlu pulang awal sebelum rancangan itu berakhir.

“Alyah dah jawab di live IG tadi, dia dijemput untuk perform pembukaan GV, tak dijangka host Nabil Ahmad dan Jihan Muse bawa dia ke depan untuk jadi penonton, dalam masa sama anak saudaranya ada tunggu dalam kereta.

“Dia profesional (tetap duduk didepan) sebab tak nak nanti Tokram (Ramli MS) kena bahan sepanjang GV6, sebagai isteri mestilah dia tak nak ganggu suami buat kerja.

“Itu pun nak jadi isu, ingat orang lain tak ada kerja ke nak tunggu situ? Bukan sebab dia tak profesional ke apa… malam tu mungkin dia ada hal lain,” komen peminat.

Pada konsert minggu kelima itu, Alyah menjadi artis undangan membuat mempersembahkan pembukaan dengan menyanyikan lagu terbaharunya berjudul Meluruh.

Selesai persembahan, Nabil dan Jihan mempelawa penyanyi ini untuk duduk di kerusi penonton di belakang Ramli MS.

Sumber Mstar

Apa komen anda?