Anak tenat, bapa ini tidak henti2 ajar sebut nama Allah

Sedang kita disini diulit dengan keamanan, tetapi di negara bergolak hidup mereka berselang tangisan dan tumpah darah insan-insan yang tidak berdosa.

Baru-baru ini, satu rakaman daripada seorang sukarelawan dari Aceh, M Rizki Fauzi, telah memuat naik momen memilukan seorang bapa berulang kali cuba memastikan anaknya sedar selepas kediaman mereka diserang.

Bertatih anaknya menyebut ‘Allah’
Dalam tangis, melihat anak kecilnya yang semakin tenat, sepanjang perjalanan menuju ke hospital si bapa tidak henti-henti bercakap dengan anaknya supaya terus sedar.

“Dalam perjalanan ayahnya coba berucap “Allah” kepada sang anak, kemudian anak tersebut dengan tertatih2 menjawabnya ‘Allah’…”

Setakat ini, tidak dipastikan keadaan kanak-kanak itu sekarang, sama ada masih hidup atau tidak, tetapi diharapkan dia berjaya untuk diselamatkan.

Sumber : M Rizki Fauzi

Apa komen anda?