Baru darjah 1 dah pandai ‘mulut jah4t’ macam mak-mak orang di pejabat, Pensyarah terkejut bila anak mengadu apa yang kawan dia cakap

SEMAKIN meningkat usia, banyak perkara yang perlu kita hadapi dan pelajari.

Begitulah realiti kehidupan yang dilalui setiap insan, termasuklah murid perempuan berusia tujuh tahun ini.

Kisah kanak-kanak dikenali sebagai Layla itu dikongsikan bapanya, Faizal Kamsani menerusi Twitter sehingga menerima pelbagai reaksi.

“Anak saya darjah satu. Suatu hari bila balik sekolah dia mengadu.

“Dada masa tengah betulkan tudung depan cermin dalam toilet tadi kawan kakak cakap, muka tembam pun nak berlawa-lawa.

“Dia beritahu sambil air matanya bergenang. Jah4t mulut budak sekarang,” tulis Faizal merujuk luahan anaknya tempoh hari.

Menurut pensyarah berusia 41 tahun itu, dia tidak berniat menyalahkan sesiapa sebaliknya berkongsi kisah itu untuk kesedaran bersama.

“Bila tengok dia sensitif macam tu, remuk hati kami. Tapi saya pesan jangan sedih-sedih dan jangan buat dekat orang. Elakkan orang yang neg4tif.

“Bila anak perempuan dah besar, perkataan melibatkan rupa dan fizikal sensitif untuk dia.

“Mungkin ini kali pertama dia tahu bahawa tak semua orang akan bersikap baik terhadap dia,” ujar Faizal sewaktu dihubungi mStar.

Ujar Faizal lagi, dia bersyukur apabila anaknya terbuka untuk berkongsi masalah dengan ahli keluarga.

Malah, dia turut menitipkan pesanan kepada Layla bahawa itulah realiti yang perlu dihadapi dalam kehidupan.

“Allahuakhbar, dia dah hadapi dunia sebenar. Saya dan isteri, nak kata terkilan tu tak juga. Sebab Layla seorang yang happy go lucky.

“Dia sebenarnya tembam-tembam sikit sahaja. Badan dia agak comel, bukan gemuk.

“Tak adalah nak salahkan sesiapa. Nak ingatkan pada diri sendiri juga. Apa kita cakap akan reflect apa anak kita akan buat.

“Kena hati-hati. Ingatkan mereka to be kind. Bergurau tu kadang-kadang boleh jadi buli. Bergurau jangan rendah-rendahkan orang,” katanya lagi.

Sehingga kini, posting Faizal di Twitter sehingga kini menerima lebih 14,500 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai netizen dalam kalangan ibu bapa turut membanjiri posting itu dengan pendapat tersendiri.

“Mungkin pengaruh orang dewasa. Kanak-kanak cepat tangkap apa orang dewasa buat. Anak buah saya enam tahun balik sekolah je dah ‘kau aku’.

“Anak saya selalu diej3k gemuk, tapi saya ajar dia cara jawab balik yang baik.

“Jangan kata budak-budak. Mak-mak orang yang dekat office pun mulut macam tu,” tulis beberapa netizen.

Sumber Mstar

Apa komen anda?