Tindakan merakam secara sembunyi apa yang Haqiem Rusli buat buat ramai tak sangka

Sebelum ini Haqiem pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan memuatnaik foto bersama wanita yang tidak menutup aurat di akaun miliknya dan mendapat pujian netizen.

Terkini, penyanyi Haqiem Rusli sekali lagi mendapat perhatian warganet selepas tular sebuah video menunjukkan dirinya sedang membaca ayat suci Al-Quran ketika lewat malam.

Video itu dimuatnaik oleh seorang pengguna bernama @sapiksam_ baru-baru ini yang telah merakamkan video tersebut secara sembunyi.

“Tengah lena diulit mimpi, ingat kan apa yang terang tadi pastu ada bunyi orang mengaji.

“Toleh adui segan rasanya. Waktu-waktu macam ni dia luangkan masanya dengan sang pencipta.

“Allahu sorry @HaqiemRusli record senyap-senyap,” tulisnya di laman Twitter.

Perkongsian itu telah mendapat pujian dan respon positif daripada peminat Haqiem yang rata-ratanya memuji sifat Haqiem yang sentiasa merendah diri.

Warganet turut berpendapat sikap tersebut perlu dijadikan contoh terutamanya kepada golongan anak muda.

Amalan Haqiem Rusli ini wajar dicontohi kita semua kerana Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam, petunjuk dan cahaya untuk kembali kepada jalan kebenaran

Sumber Twitter Haqiem

Apa komen anda?