Dewi Remaja 2019 low class `Stylist level intern, photographer juling`, sampai topi pun kantoi beli kat mana

Misi pencarian Dewi Remaja kini kembali dan telah pun memulakan misi dengan konsep terbaru di mana peserta akan diuji dengan pengetahuan am dan turut dikuarantin selama program itu berlangsung. Dengan pelbagai tambah baik bagi program pencarian bakat tersebut, pasti ramai yang mengharapkan Dewi Remaja bagi sesi 2018/2019 ini tampil lebih menarik dan berkualiti berbanding sebelumnya.

Namun, agak mengecewakan apabila ramai yang merasakan kualiti bagi sesi tahun ini lebih teruk jika dibandingkan dengan sesi-sesi sebelum ini.

Stylist level intern, photographer juling

Lebih menyedihkan lagi, walaupun program tersebut dilihat mengikut konsep program pencarian bakat ‘America’s Next Top Model (ANTM)’ tetapi kualitinya tidak mencapai standard yang sepatutnya.

Kualiti hampeh!

Malah, topi yang dipakai oleh salah seorang finalist juga dikatakan dibeli di kedai serbaneka terkenal iaitu Mr. DIY!

Alahai, sepatutnya kualiti semakin meningkat seiring dengan teknologi. Ini nak masuk tahun 2020, tapi makin kebelakang ke? Rasanya penulis tangkap gambar lagi cantik

Sumber IG

Apa komen anda?