Dikatakan ade usus babi dalam milo kotak, Jakim tampil terangkan apa sebenarnya benda itu

Minuman Milo merupakan minuman yang digemari oleh orang ramai. Baru-baru ini telah tular satu dakwaan mengenai kandungan Milo kotak yang dikatakan mengandungi sesuatu seakan “usus babi”.

Bahagian Hab Halal, JAKIM telah mengeluarkan penjelasan tersebut mengenai kemusykilan yang telah berlaku mengenai minuman Milo kotak berkenaan.

Hujung minggu yang damai ini, kami diajukan kemusykilan berkenaan produk Milo kotak didakwa mengandungi sesuatu seakan “usus babi”. Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pihak Nestle Malaysia, ianya adalah gumpalan susu yang terjadi dipercayai akibat produk telah rosak.

Walau bagaimanapun, pihak syarikat masih belum dapat menghubungi individu yang menularkan kejadian terbabit menerusi rakaman video untuk disiasat punca berlakunya gumpalan. Sekiranya pengguna turut mengalami kejadian yang sama, sila hubungi Perkhidmatan Pengguna Nestle di talian 1800883433 atau di https://www.nestle.com.my/aboutus/our-halal-commitment.

Pengguna juga boleh merujuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia di http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/index.php untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan isu-isu keselamatan dan kualiti makanan yang berada di negara ini.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Terima kasih.

Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM

Apa komen anda?