Inilah 16 Khasiat Ajaib Apabila Anda Amalkan Minum Air Rendaman Kacang Bendi Setiap Hari.

Ramai antara kita tidak tahu kacang bendi merupakan sayuran semula jadi yang banyak khasiat. Malah, sayur ini mampu merawat kencing manis dan dapat mengekalkan keremajaan kerana ianya mengandungi antioksidan.

Kita sering melihat kacang bendi ini dimasukkan dalam masakan gulai dan kari, ini bertujuan untuk memekatkan kuah dan memberi khasiat dalam masakan.

Pengguna Facebook, Mayee Nazrich berkongsi khasiat kacang bendi setelah melihat seorang datuk berusia 86 tahun masih kuat dan cergas mengerjakan hasil tanaman. Ini rahsianya yang perlu anda tahu dan cuba untuk kekal sihat dan cergas.

Atuk 86 tahun tapi masih kuat

Balik kampung hari tu sembang dengan kawan atuk, umur dah 86 tahun tapi masih kuat lagi, bela lembu kambing, tanam nenas dan cili 5 ekar..

Tiada penyakit seperti adik beradik dia yang lain, tekanan darah ok, gula dalam darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah

Bila aku tanya apa rahsia dia…

Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn

Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2.

Mudah je caranya

 

Caranya mudah dan murah sj :

1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer

2. Potong halus (basuh dulu ya)

3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar (x perlu rebus)

4. Minum mcm biasa, air x rasa apa2 pun

5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)

6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari…x membazir 

Selamat mencuba.

Khasiat Ajaib Kacang Bendi

Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Mencuci hati.

Mengurangkan kekejangan sendi

Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup.

Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang Banyak khasiat dan kelebihan pada kacang bendi ini dan tidak ramai antara kita yang tahu terdapat 16 keistimewaan kacang bendi. Anda hanya memerlukan 2 batang bendi dihiris kecil dan direndam dalam air putih. Amalkan dalam masa 2 minggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Inilah 16 Khasiat Ajaib Apabila Anda Amalkan Minum Air Rendaman Kacang Bendi Setiap Hari."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*