Apakah Hukum Suami Mengambil Duit Isteri Tanpa Kebenaran? Ini Jawapan PU Azman Yang Pasti Terkesan Kepada Semua Orang

Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan panggilan PU Azman antara pendakwah terkenal dalam media sosial melalui pendekatan dakwah santai berjaya menarik perhatian golongan muda.

PU Azman rajin membalas persoalan atau komen yang diutarakan dengan lebih santai dengan menyelitkan jenakanya yang tersediri. Jawapannya itu buat netizen terhibur sampai ‘menangis’ dibuatnya. Tetapi yang penting, isinya sampai.

Melalui akaun Instagram, PU Azman menjawab persoalan seorang netizen kepadanya. Kali ini PU Azman menjawab persoalannya di ruangan posting berkenaan dan tiada gurau senda dari PU Azman.

Soalan yang diajukan oleh netizen berkenaan :

” Nak tanya, kalau husband dia bukak wallet dan ambil duit isteri tanpa kebenaran, lepas tu tak mengaku ? “

Baca penjelasan daripada PU Azman di bawah :

” Haram. Suami mesti minta izin. Duit isteri, duit isteri. Duit suami, ada duit isteri. Dalam bentuk nafkah.. “

” Isteri berhak menguruskan duitnya sendiri tanpa izin suami. Cuma suami berhak masuk campur kalau isteri menguruskan perbelanjaan dengan cara yang salah. Seperti boros.. “

” Isteri boleh ambil duit suami senyap-senyap jika suami sangat kedekut dan tidak melunaskan pemberian nafkah sehingga menyusahkan isteri.. “

” DALIL :

قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه وهو لا يعلم، قال خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Hindun isteri Abu Sufyan mengadu kepada Nabi : “Sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekut, dia tidak memberikanku sesuatu yang mencukupi keperluanku dan anak-anakku kecuali yang sengaja aku ambil sendiri tanpa pengetahuannya, jadi macamana tu? ” Nabi bersabda, “Ambilah kadar yang cukup untuk kamu dan anak-anakmu.” [Bukhari dan Muslim]

Penjelasan Tambahan Dari Ustaz Azhar Idrus

Apakah hukum suami guna duit isteri?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus: Jawabnya, HALAL…. Jika isteri HALALKAN. Tapi ingat! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit. Cth : Isteri berniaga RM20K sebulan, suami makan gaji RM2000 sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, ‘Yang ni awak bayar’. Hukumnya HARAM.

Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan Isteri kata, ‘Oleh kerana awak tak ada duit, biar saya yang bayar’. Ini baru boleh.

Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini. ‘Yang ni awak bayar, yang tu saya bayar’.

Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh.

Macamana dengan duit isteri yang suami guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.

SUAMI JUGA TIADA HAK UNTUK BERTANYA TENTANG DUIT ISTERI DAN KE MANAKAH ISTERI BELANJAKAN DUIT TERSEBUT.

Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, ‘Oooo… kalau macam tu teruk la.

Mana boleh….’ Jawapannya senang, kalau dah tahu tak boleh, jangan kahwin!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Apakah Hukum Suami Mengambil Duit Isteri Tanpa Kebenaran? Ini Jawapan PU Azman Yang Pasti Terkesan Kepada Semua Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*