2 KALI JUARA, KALI INI TEMPAT KETIGA. ADAKAH MEREKA AKAN BERHENTI DARI MASUK MAHARAJALAWAK MEGA. INI KATA KATA DARI BOCEY

Antara final yang paling emosi dalam pertandingan lawak dalam Malaysia. Persembahan setiap kumpulan diselitkan dengan elemen sedih yang buat ramai penonton jadi gembira campur sedih.

Kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Puteh berjaya memberikan persembahan mantap pada pusingan pertama bertemakan ‘bebas’ dengan memperolehi ‘5 HA’ daripada Najip Ali.

Kumpulan dianggotai Ali, Mamak dan Man itu turut mendapat ‘5 HA’ daripada Lisa Surihani di pusingan kedua dengan persembahan menghiburkan dengan mesej yang sampai ke hati penonton.

Sementara itu tempat kedua menjadi milik kumpulan trio adik beradik, Zero yang membawa pulang wang tunai RM250,000.

Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Bocey yang memenangi hadiah wang tunai RM150,000.

2 kali Kumpulan Bocey menjadi juara Maharajalawak Mega tetapi kali ini rezeki mereka hanya di tempat ketiga. Ramai yang terkejut bagaimana Bocey tidak boleh jadi Juara atau Naib Juara.

Persembahan konsisten dari Bocey setiap minggu dengan menyajikan bahan jenaka yang berkualiti dan punchline yang bertubi tubi.

Selepas pentas akhir Maharajalawak Mega 2019, Abam ada memuat naik satu status di laman instagram beliau.

“Alhamdulillah selesai segalanya… Semoga kita masih bersama berpeluang utk maju kehadapan…. Penat sangat…terima kasih kepada semua yg sudi menyokong kami.. Undi kami dan tetap bersama kami.. Jatuh bangun bersama… Semoga kita berjumpa lagi di tahun lain… InsyaALLAH… Apa yg baik dtg dari ALLAH SWT dan mana yg kurang dtg nya dari kami” – Abam Bocey

Achey Bocey memuat naik satu status di laman instagram beliau juga. Ayat yang tepat tidak diberikan cuma dia katakan bahawa ‘Bocey akan berehat’. Peminat mula buat spekulasi adakah bocey akan berhenti masuk MLM lagi?

2 kali juara dan kali ini tempat ketiga, adakah bocey akan berhenti seperti kumpulan Jozan dan Sepahtu? Kenyataan Achey sebenarnya agak tidak jelas. Munkin bukan berhenti MLM tetapi berehat kerana mereka telah berkerja sepanjang tahun.

Selamat berehat Bocey, terima kasih kerana menceriakan rakyat Malaysia. Admin paling tak boleh lupa Bocey berganding dengan Yoe Parey. Kalau persembahan itu di FINAL, rasanya gerenti menang..

Sumber : acheykintangkintung , abam_bocik

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : kiniallnws

Apa komen anda?

Be the first to comment on "2 KALI JUARA, KALI INI TEMPAT KETIGA. ADAKAH MEREKA AKAN BERHENTI DARI MASUK MAHARAJALAWAK MEGA. INI KATA KATA DARI BOCEY"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*