KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi, Jaclyn Victor, 41, bercer4i dengan vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet, Shawn Rivera.
Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Shawn, 48, menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, sebentar tadi.
Tidak berhasrat untuk mendedahkan punca percer4ian dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemilang itu, Shawn sebaliknya berkata, biarlah mereka sahaja tahu apa sebenarnya berlaku.
“Sebagai selebriti, tidak din4fikan kami terdedah dengan pelbagai tanggapan masyarakat dan menjadi amalan manusia untuk menilai, menuding jari dan mengkrit1k orang lain tanpa mengetahui kedudukan sebenar.
“Justeru, tidak perlu untuk kami membuka pekung di dada atau memburukkan antara satu sama lain kerana kesannya nanti menimpa anak kami yang tidak berd0s4,” tulisnya.
Menurut artis berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat itu lagi, bukan mudah bagi mereka berdua membuat keputusan untuk berpisah.
“Kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan, namun hakikat tinggal berjauhan dalam tempoh cukup lama membuatkan masing-masing agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan situasi berbeza ini.
“Walaupun berpisah, kami takkan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Kami akan kekal komited memberikan yang terbaik buat kedua-dua anak kami supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak.
“Apapun yang berlaku antara saya dan Jac (Jaclyn), saya tetap menyayangi mereka. Melihat senyuman mereka, terubat segala rasa sedih dan patah hati yang saya lalui ketika ini,” ujarnya.
Penyanyi berkenaan turut memohon semua pihak supaya menghormati situasi mereka ketika ini dan meminta agar masing-masing tidak diganggu.
Dua cahaya mata hasil perkahwinan Jaclyn dengan Shawn, Jonah Joshiah dan Molly Marguerite Rivera. – Foto Instagram Jaclyn Victor
Pasangan selebriti itu berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia pada 19 Julai 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH via Applehijau
Be the first to comment on "Teki Teki Terjawab! Jaclyn Victor, Shawn Rivera Sah Bercer4i “Berita Sedih Itu Diumumkan Sendiri Oleh Shawn..”"