Foto Daniella Sya berbikini buat netizen tidak senang – “Mereka keliru sangka saya orang Melayu”

PELAKON Daniella Sya memberitahu dia sudah menjangkakan perkongsian foto dia berbikini di Instagram akan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Biarpun ada netizen yang meluahkan rasa kurang senang namun Daniella atau nama sebenarnya Daniella Sya Yeng Yeng, 32, tidak berhasrat untuk memadam foto berkenaan.

“Sebenarnya saya sudah jangkakan foto itu akan menarik perhatian ramai orang dan pasti ada netizen yang salah faham dengan diri saya.

“Masing-masing ada pendapat sendiri tapi bagi saya, foto itu cantik dan tak ada salah pun untuk saya kongsikan di IG saya,” katanya kepada mStar.

Foto Daniella berpakaian renang yang s3ksi menarik perhatian netizen.

Sebelum ini, Daniella berkongsi foto memaparkan dirinya sedang mandi-manda di pantai dengan berpakaian s3ksi mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mereka memuji kecantikannya namun ada juga beranggapan perkongsian itu terlalu s3ksi untuk dijadikan tontonan umum.

Dalam pada itu, Daniella mengakui masih ada segelintir netizen yang tidak mengetahui latar belakang dirinya sehingga beranggapan dia beragama Islam.

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini berharap lama-kelamaan orang akan lebih mengenali dirinya.

Daniella menyedari masih ada netizen yang keliru dengan latar belakangnya.

“Saya tahu masih ada orang yang salah faham mengenai latar belakang saya dan mereka juga keliru, ingatkan saya orang Melayu sebabkan nama saya.

“Walaupun saya banyak berlakon drama Melayu tapi saya bukan beragama Islam. Memang saya dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kuala Lumpur tapi ibu bapa saya berbangsa Cina.

“Tapi tak apa, lama-lama nanti mereka akan tahu dan kalau betul nak kenal saya, boleh saja cari mengenai saya di internet,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dunno what I’ll do if not for the team at @khatulistiwa_hairspa. Thanks for always making my hair and I happy ❤️

A post shared by Daniella Sya (@daniellasya) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Throwback to silly grinning moments I miss ❤️ 💋

A post shared by Daniella Sya (@daniellasya) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Foto Daniella Sya berbikini buat netizen tidak senang – “Mereka keliru sangka saya orang Melayu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*