“Mengadap Komputer 3-6 Jam Sehari, Suami Pun Pelik…” – Yana Samsudin Buat Duit Main Game Online!

Suami kepada pelakon Yana Samsudin, Fadzil Zahari tidak menghalang minat isterinya untuk aktif sebagai penstrim permainan video di laman Facebook sejak Ogos lalu.

Yana mendedahkan dia akan menghabiskan masa antara tiga hingga enam jam sehari untuk aktiviti tersebut. 

“Saya sudah mula aktiviti ini sejak Ogos tahun lalu. Kebiasaannya, saya menghabiskan masa kira-kira tiga hingg enam jam sehari. Tapi, ia bergantung kepada individu.   “Alhamdulillah, suami juga faham dengan minat saya. Dia tidak pernah menghalang saya untuk melakukan penstriman permainan video. Cuma, dia pelik bagaimana saya boleh bertahan selama berjam lamanya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Yana, aktiviti itu turut menjana pendapatan buatnya dan bukan bermain permainan video semata-mata. 

“Secara tidak langsung, ada pendapatan yang dibayar oleh pihak Facebook Games kepada penstrim.

Saya tidak boleh dedahkan berapa bayaran yang diterima, tapi pendapatan bergantung kepada individu,” katanya.

Disebabkan aktiviti itu, Yana sanggup menghabiskan hampir RM7,000 untuk komputer dan beberapa keperluan lain.

“Saya mengeluarkan wang hampir RM7,000 untuk perkakas komputer dan meja. Tapi, saya dapat rezeki lebih apabila ada pihak yang sudi menaja meja, kerusi dan beberapa peralatan yang harganya saya anggarkan mencecah RM20,000,” katanya.

Perkembangan lain, Yana baru saja selesai menjalani penggambaran filem pertama terbitan syarikatnya, Kak Yong yang dijangka bakal ditayangkan dalam tahun ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro via Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Mengadap Komputer 3-6 Jam Sehari, Suami Pun Pelik…” – Yana Samsudin Buat Duit Main Game Online!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*