“Maaf tak perasan… dah pakai depan isteri dia kata okey” – Penonton kec4m seluar Atu kerana ini..

PELAWAK Atu memohon maaf jika seluar yang dipakai semasa persembahan malam final program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) menimbulkan rasa kurang senang penonton terutama di televisyen.

Ahli kumpulan Zero ini berkata dia tidak menyangka pemakaiannya itu akan menjadi bualan penonton dan mengetahui perkara itu selepas selesai membuat persembahan.

“Saya baru perasan bila ada orang komen tentang seluar putih yang saya pakai itu, sebenarnya semasa saya sarung di hadapan isteri, dia kata okay sahaja.

“Malah sebelum keluar ke pentas saya sempat sarung satu lagi seluar panjang di dalam untuk keselamatan supaya tak nampak bentuk-bentuk lain, tapi entah macam mana di televisyen nampak ketat pula.

“Mungkin sebab seluar itu warna putih kut… sejujurnya saya memang tak perasan. Jadi kalau ada nampak seksi saya minta maaf ya, itu semua di luar kawalan!,” katanya kepada mStar.

Lawak bersahaja Zero mencuit hati juri dan penonton.

Dalam persembahan bertemakan bebas, kumpulan Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif dan Syaiful membuat sketsa mengenai dua angkasawan bertemu makhluk asing di Planet Pluto.

Lawak bersahaja yang dibawa oleh kumpulan ini melayakkan mereka menjadi naib juara dan membawa pulang wang tunai RM250,000 dan trofi.

Ditanya mengenai hadiah kemenangan, Atu berkata wang tersebut akan disimpan untuk kegunaan masa depan anak-anak.

“Kalau dibahagi tiga dapatlah setiap seorang RM80,000, jadi perancangannya untuk anak-anak dengan menyimpan untuk masa depan mereka.

Zero dinobatkan sebagai naib juara MLM2019.

“Sekarang ini kita kena berjimat, selagi mampu bekerja saya akan berkerja, dah tua nanti baru berehat. Saya dan isteri memang sentiasa bekerja!

“Alhamdulillah, baru-baru ini pun kami dah beli rumah, sekarang ini masa untuk kita cari duit… sementara orang masih nak bagi job, kita terima,” ujarnya yang bakal memulakan penggambaran sebuah filem tidak lama lagi.

MLM2019 yang berlangsung di Royal Theater, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu menyaksikan kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Man diangkat sebagai juara bagi edisi kali ini.

Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

SumberMSTAR via applehijau

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Maaf tak perasan… dah pakai depan isteri dia kata okey” – Penonton kec4m seluar Atu kerana ini.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*