Penyanyi dan peserta Dansa Dan Sing, Wani Kayrie menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia melakukan suntikan kosmetik pada bibirnya.
Menurut Wani, bibirnya yang dikatakan lebih tebal itu adalah hasil teknik solekan sahaja.
“Saya tidak melakukan suntikan pada bibir, kalau ada yang kata bibir saya kelihatan lebih tebal berbanding sebelum ini, itu hanya hasil
solekan sahaja.
“Memang ada beberapa orang yang menyuruh saya lakukan pembedahan kosmetik, tapi kebanyakannya suruh saya ubah bentuk hidung,” jelas Wani.
Wani berkata demikian ketika ditemui di sidang media selepas tamatnya konsert pertama Dansa Dan Sing di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor malam tadi.
Tambah Wani, dia sentiasa mensyukuri wajah yang dimilikinya tanpa membuat pengubahsuaian.
“Saya tak mahu lakukan semua itu kerana saya bersyukur dan gembira dengan wajah yang dimiliki ini,” tambahnya.
Jangan lupa untuk menyaksikan Dansa Dan Sing yang bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
Be the first to comment on "“Saya Bersyukur Dengan Wajah Yang Dikurniakan” – Wani Kayrie Nafi Suntik Bibir"