Pelakon Sharifah Sofia meluahkan rasa tidak bersetujunya dengan pendekatan yang digunakan di sekolah kerajaan apabila cuba menetapkan minat murid-murid.
Perkara itu dikongsikan Sofia atau nama sebenarnya, Sharifah Sofia Syed Hussein, 35, menerusi satu entri di Twitter miliknya.
“Ini apa yang saya tidak suka…sekolah kerajaan…perempuan tidak boleh bermain bola sepak..mereka memang tidak dibenarkan.
“Mungkin, tidak semua sekolah seperti itu, tetapi sekolah anak saya begitu. Bahkan, kokurikulum anak saya juga ditetapkan, mereka tidak dibenarkan untuk memilih sendiri,” luahnya.
Perkongsian status itu kemudian mengvndang pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter.
Sebahagian mereka menyifatkan tind4kan pihak sekolah meng4singkan jenis sukan mengikut jantina adalah sesuatu yang bagus.
Bahkan, ada yang menempelak tindakan Sofia yang cuba menyuarakan hal tersebut yang disifatkan sebagai cubaanya untuk mengikut gaya orang Barat.
“Eloklah pompuan main bola jaring sahaja. Bola sepak dan takraw adalah untuk lelaki sahaja. Ragbi juga. Jangan terikut dengan Barat.
“Lebih baik simpan anak perempuan di rumah dan kahwinkan mereka pada usia 14 tahun kan? Kenapa hantar mereka ke sekolah dan mahu mereka bermain apa sahaja sukan, ini kan ikut Barat?,” kongsi sebahagian netizen.
Perkongsian komen itu kemudian mendapat respons pelakon filem Pisau Cukur itu sendiri.
“Wow…bersukan pun ikut barat eh?? Maaf eh.. sila keluarkan kepala daripada lubang,” balas Sofia.
Bagaimanapun, pelakon filem Gong itu tidak mendedahkan lokasi sekolah dua orang anak perempuannya yang masih bersekolah rendah.
Sofia berkahwin dengan Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 18 Oktober 2009, namun, pada Februari tahun lalu, pasangan itu dilaporkan sudah bercerai.
Bagaimanapun, pelakon drama Nur Kasih itu tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian mereka.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
Be the first to comment on "“Inilah Apa Yang Saya Tidak Suka…Sekolah Kerajaan…” – Sharifah Sofia Buka Mulut Gara-Gara.."