“Saya Rasa Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berbangsa Cina,” – Fathia Latiff 

Pelakon dan penyanyi, Nur Fathia Latiff mendedahkan dia lebih terbuka hati untuk bercinta dengan jejaka yang sama aliran dalam industri hiburan.

Selain lebih memahami dalam soal kerja dan punya minat sama, bintang ini juga turut memberitahu, dirinya juga tidak sekar hati soal jodoh.

“Saya lebih terbuka hati untuk bercinta dengan orang yang dalam seni, tapi perasaan itu masih tidak pasti lagi dan berbelah bagi.

“Pada masa sama, saya rasa saya lebih tertarik dengan lelaki berbangsa Cina.

“Bagi saya, mereka berbeza, ada rupa, baik dan respect orang lain,” katanya yang turut menyifatkan masing-masing mempunyai pandangan sendiri.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Nur Fathia Abdul Latiff itu tidak tanam perasaan terhadap jejaka berbangsa Inggeris.

“Saya tak terbuka hati untuk menerima lelaki mat salleh, seperti artis-artis lain.

“Cukuplah sekadar dalam negara kita sahaja,” selorohnya pula.

Sementara itu, Fathia yang cukup sinonim menerusi drama rantaian, Ariana Rose juga masih belum bersedia untuk berumah tangga, meski usianya kini mencecah 33 tahun.

“Buat masa ini, saya tak nak becinta dengan siapa-siapa dan saya tak terlintas untuk mendirikan rumah tangga setakat ini.

“Sekarang, saya hanya mahu fokus dengan apa yang saya lakukan dalam bidang nyanyian terlebih dahulu,” katanya lagi.

Ditanya sejauh mana komitmennya dalam kerjaya nyanyian, Fathia menambah fokus dan keselesaannya kini cenderung terhadap nyanyian.

Berkongsi mengenai kerjayanya itu, Fathia baru sahaja melancarkan album kedua, berjudul Jika Aku Tahu hasil ciptaan Fathia sendiri dan rakannya, Sharifah Faezah Al-Attas.

“Sebelum berlakon, saya memang sudah meminati bidang muzik, akan tetapi mungkin ketika itu rezeki saya ke arah bidang lakonan. 

“Tahun ini, saya mahu fokus pada kerjaya nyanyian dan jika ada tawaran berlakon dan watak yang diberikan sesuai, apa salahnya,” jelas Fathia.

Lagu bergenre sentimental pop ini dicipta pada pertengahan tahun lalu dan didedikasikan untuk arwah datuknya yang telah meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu.

Fathia terdahulu di temui pada sesi ramah mesta bersamanya di Indigital Music, Damansara Perdana, pada Khamis.

Music video lirik single berkenaan juga sudah pun dimuat naik di laman YouTube sejak dua minggu lalu.

Video : Youtube Indigital Music

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Rasa Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berbangsa Cina,” – Fathia Latiff "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*