KUALA LUMPUR: Ketika penderit4an Puteri Balqis Azizi, 13, semakin mendapat perhatian ramai, segelintir pihak tampil membuat dakw4an konon nasib pelakon cilik itu tidak mendapat pembel4an golongan artis.
Sedangkan, teman seperjuangan dalam seni tidak melupakan kesemp1tan hidup pelakon itu, biarpun usaha murni mereka tidak dipertontonkan kepada umum.
Baru-baru ini, pelakon, Sharifah Sakinah, menerusi Instagramnya membuat perkongsian mengenai usaha pernah dilakukan mereka bagi membantu pelakon itu.
Menurut Sakinah, dia pula berkongsi kenangan bersama teman artis lain menjual barang terpakai milik pengarah, Michael Ang, kira-kira dua tahun lalu, bukan bermaksud mahu menunjuk baik atau membuktikan sesuatu.
“Memang seronok menjual barang milik Michael Ang, ketika itu, untuk kutipan derma untuk Adik Balqis. Sampai terb4ring di kaki lima.
“Kegembiraan ada kalanya menuntut perg3lutan. Semua orang mempunyai mas4lah dan ujian datang dengan pelbagai cara.
“Menjadi perkara biasa, kalau kawan atau mereka yang kita saya sayang berdepan mas4lah, kita pasti akan membantu mengurangkan beb4nnya. Malah, Michael sendiri banyak menghulurkannya tawaran berlakon,” kata Sakinah.
Kenangan Sharifah Sakinah ketika menjual barangan terpakai milik Michael Ang bagi membantu Puteri Balqis. – Foto Instagram Sharifah Sakinah
Dia juga sempat berpesan agar pelakon terbabit tidak ‘membuang’ jauh orang yang dikenali ketika ditimpa mas4lah, sebaliknya perlu sentiasa berbuat baik dan berusaha.
Sakinah agak r4lat apabila pelakon cilik itu didakwa memandang orang seni, termasuk mereka yang pernah rapat dengannya sebelum ini, seperti ‘mvsuh’.
“Kami tak mahu memb3nci dia, tetapi habis semua orang dia jadikan musuh. Saya tak faham. Ikutkan, banyak kutipan derma dan sumbangan yang diberi teman artis kepada keluarganya.
“Kalau tak percaya, tanyalah teman artis lain yang pernah terbabit dan berbesar hati membantunya. Tetapi, ke mana duit derma dan wang pendapatan yang diperoleh ketika dia aktif berlakon?” katanya.
Sebagai isteri dan ibu, Sakinah juga berharap soal pembelajaran pelakon itu perlu dititikberatkan.
“Dalam hidup ini, tak kira susah atau senang, soal pembelajaran perlu diutamakan. Hantarlah dia ke sekolah. Tak perlu nak belajar di sekolah yang memerlukan yuran mahal, sebaliknya pergi sahaja ke sekolah pendidikan biasa. Ukur baju di badan sendiri.
“Begitu juga hal kesihatan, hantar dan dapatkan rawatan di hospital. Jangan ambil mudah soal ini jika dia benar-benar memerlukan pemerhatian khusus untuk mengubati masalah atau peny4kit yang ada,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HM
Be the first to comment on "Habis semua orang dia jadikan musuh – Sharifah Sakinah"