Pelakon Janna Nick memberi gambaran bahawa dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 25, berkata, dia tidak menolak untuk menamatkan zaman bujang sekiranya jodohnya sudah tiba.
“Berkahwin awal? Sampai masa sampai jodoh saya tidak menolak. Lagipun saya sudah 25 tahun.
“Kalau tanya saya dulu, lima tahun lepas saya akan cakap saya terlalu muda dan nak fokus karier. Dah sampai umur 25 tahun ini,” katanya kepada HLive!.
Sebelum ini Janna pernah mengaku bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann, 26.
Hubungan mereka dikatakan mula serius sejak Jun tahun lalu.
Bagaimanapun, menurut Janna, soal keseriusan hubungan itu untuk dibawa ke peringkat seterusnya biarlah dijawab oleh pihak lelaki.
“Nak cakap lebih-lebih pun tak manis. Yang itu (keseriusan nak berkahwin) kena tanya tuan badan.
“Saya tak boleh nak kata apa. Bagi saya biarlah keluar daripada mulut lelaki,” katanya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Be the first to comment on "“Sampai Jodoh Saya Tidak Menolak, Saya Dah 25 Tahun” – Janna Nick Sedia Akhiri Zaman Bujang"