PENYANYI Datuk Hattan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan usahawa kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang menemuramah pelakon Puteri Balqis untuk kandungan laman Youtubenya.
Hattan, 56, berpendapat, Aliff hanya menggunakan kisah kehidupan Puteri Balqis yang sedang hangat diperkatakan untuk meraih perhatian sehingga menjejaskan kehidupan kanak-kanak itu.
Malah, penyanyi lagu Gadis Jolobu ini meminta Aliff berhenti menganggu Balqis, 13, dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz.
Hattan meluahkan rasa kurang senang melihat video temu bual Aliff dengan Puteri Balqis.
“Agak merimaskan apabila YouTuber terkemuka cuba ambil kesempatan pada kisah adik Balqis… Kalau nak buat duit pun, janganlah sibuk nak korek cerita Balqis itu.
“Tanya soalan yang bukan-bukan. Dia budak-budak la. Boleh tak, tak payah sibuk dengan kehidupan Balqis tu. Biarlah dia dan ibunya hidup dengan tenang.
“Dia nak buat apa dengan duit dia, dia punya fasal la… yang pergi sibuk-sibuk buat apa, rimas,” tulisnya menerusi laman Facebook.
Status yang dimuat naik dipercayai ditujukan kepada Aliff memandangkan video temuramah dengan Puteri Balqis tular baru-baru ini.
Menerusi rakaman video bersama Aliff ada bertanyakan tentang apa yang akan dilakukan Puteri Balqis jika diberikan wang berjumlah RM100,000.
Agak merimaskan apabila YouTuber terkemuka cuba ambil kesempatan pada kisah adik Balqis.
DATUK HATTAN
PENYANYI
Puteri Balqis berkata, salah satu perancangannya adalah untuk melabur dalam pelaburan tukaran wang asing atau Forex dan jawapan itu telah mengundang kec4man netizen.
Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan rancangan Balqis memandangkan dana yang diperolehi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan perubatan dan pendidikan.
Selepas mendapat pelbagai kritiikan dan kec4man, Puteri Balqis membuat keputusan untuk memadam akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, Hattan memberitahu dia menyokong semua pihak yang menggunakan platform YouTube untuk menyebarkan sesuatu bahan atau cerita yang positif.
Bagaimanapun, Hattan tidak bersetuju apabila menjadikan kenyataan atau kehidupan peribadi orang lain untuk kandungan Youtube mereka.
“Saya dapati semua orang ada saluran YouTube, TV sendirilah kononnya. Saya sokong siapa yang buat saluran YouTube dengan bahan-bahan cerita yang bagus.
“Tetapi ada yang buat main tangkap muat saja. Buat saluran yang berfaedah macam Asfar Badrul kalau tak silap. Namanya boleh membantu dan membuat pahala untuk kita,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Mstar va applehijau
Be the first to comment on "“Tak payah sibuk! – Hattan sel4r Aliff Syukri buat duit atas kisah kehidupan Puteri Balqis.. “Janganlah Sibuk Nak Korek Cerita Balqis Itu”"