Eina Azman Bawa Suami Bersiar-Siar Naik Helikopter Sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-41,

Pelakon Datin Paduka Eina Azman membawa suaminya bersiar-siar melewati ruang udara Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah helikopter semalam.

Ia merupakan kejutan yang dibuat Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 25 bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden yang ke-41.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bawa hubs n the kids naik @skyriderkl 😘😍🤗 @datopadukakaiser @aubreykarl

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Pelakon drama Rahsia Hati Perempuan itu berkongsi hal tersebut menerusi beberapa potong video yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Eina yang cuba membuat kejutan tersebut bertindak menutup mata suaminya terlebih dulu sebelum tiba ke lokasi bagi menaiki helikopter.

Pelakon filem Ratu The Movie itu turut membawa anak kembarnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey, yang berusia empat tahun bersama-sama menaiki helikopter.

Kesemua mereka mengenakan busana sedondon berwarna putih.

“Selamat Hari Jadi kepada suami tercinta, @datopadukakaiser. Awak adalah segala-galanya buat saya. 

“Saya sangat bersyukur memiliki awak sebagai seorang suami untuk selama-lamanya. Saya sayang awak,” tulis Eina menerusi satu entri berasingan di Instagram.

Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan tersebut pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka kemudian dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.

 

Video: Instagram @skyriderkl

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Foto: Instagram @eina_azman

Sumber: Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Eina Azman Bawa Suami Bersiar-Siar Naik Helikopter Sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-41,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*