Kenali Stephanie Kurlow, Balerina Berhijab Pertama Di Dunia

Ballet adalah sejenis seni tarian yang sinonim dengan kelembutan dan kelancaran pergerakan badan.

Tarian yang berasal dari Itali ini memerlukan penarinya untuk memakai pakaian yang kecil dan ket4t seperti tutu atau dress pendek. Ini adalah agar penonton dapat melihat bentuk dan fleksibiliti pergerakkan badan penari.

Atas sebab faktor pakaian yang dianggap terlampau terdedah, ramai ibu bapa yang beragama Islam tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk mempelajari tarian itu.

Namun alasan iu tidak lagi relevan kerana individu yang berhijab juga boleh menjadi seorang balerina, seperti yang dibuktikan oleh Stephanie Kurlow.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

thank you so much to everyone for all the kind and sweet birthday wishes ♥ #eighteen

A post shared by stephanie kurlow (@stephaniekurlow) on

Gadis berusia 17 tahun dari Australia itu tekad mengejar impiannya untuk menjadi penari profesional. Dia juga membuktikan bahawa tidak mustahil untuk wanita berhijab yang mengamalkan ajaran Islam untuk menceburi bidang tarian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

thank you to @domorefilms for featuring me in their newest season of their TV show ‘Inspires’ such kind people to work with ✨ #promo

A post shared by stephanie kurlow (@stephaniekurlow) on

Keputusannya untuk memakai hijab dan pakaian menutup aurat ketika menjalani latihan dan melakukan persembahan telah menarik perhatian dunia.

Malah, dia juga mendapat sokongan oleh jenama antarabangsa seperti Converse dan Gaynor Minden, dan Tarese Klemens.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

powerful. ambitious. magical. risk taker. let’s redefine what GIRL means on our terms ❥ what does being a girl mean to you? #LoveTheProgress #InMyConverse

A post shared by stephanie kurlow (@stephaniekurlow) on

Kurlow mula terlibat dalam balet sejak berusia 2 tahun, tetapi terpaksa berhenti pada umur 9 tahun selepas keluarganya memeluk agama Islam.

Selepas melihat anak perempuannya terpaksa berkorban minat, ibunya membuka akademi balet untuk gadis Muslim agar Stephanie dapat berlatih dengan bebas.

Selepas melihat Zahra Lari, peluncur ais pertama yang membuat persembahan dengan pakaian menutup aurat, Stephanie yakin dia juga boleh menjadi penari balet profesional dengan hijabnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I am so excited to announce that I am going on tour with @thewiggles !! so thankful for this opportunity ❤️✨

A post shared by stephanie kurlow (@stephaniekurlow) on

Kini Stephanie dikenali sebagai balerina berhijab pertama di dunia. Dia turut menyarankan agar gadis muslim yang lain juga tidak melihat hijab sebagai sekatan untuk mempelajari seni dan tarian.

Sumber: Twitter, Instagram

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kenali Stephanie Kurlow, Balerina Berhijab Pertama Di Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*