“Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia” – Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung kor0nav1rus

KUALA LUMPUR: Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah untuk selamat Malaysia daripada gejala koronav1rus.

Dalam masa sama, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar mengambil kefahaman dan kesedaran tentang apa yang berlaku sebagai langkah berjaga-jaga menangani Novel Koronav1rus.

Menurut Dr Zulkifli, pentadbirannya juga akan mengeluarkan Bayan Linnas khusus berkenaan doa dan fiqh pengurusan jen4zah m4ngsa Koronav1rus dalam masa terdekat.

“Doa tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi dan akan dimuatnaik di laman media sosial, Insya-Allah.

“Saya minta kesabaran dan berdoa kepada Allah SWT dan sesuai sekiranya kita mengadakan solat hajat di masjid dan surau di mana khatib atau imam berdoa kepada Allah SWT agar peny4kit ini tidak merebak.

“Saya berdoa kepada Allah SWT menyelamatkan negara kita Malaysia dan juga negara lain daripada v1rus Wuhan yang melanda dan semoga mereka yang terjejas akibat peny4kit itu diberikan kesembuhan, katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Sabtu.

Dr. Zulkifli ketika ini berada di Turki untuk lawatan kerja beliau di sana.

Mengulas lanjut mengenai penularan koronav1rus yang mencetus kebimbangan, Dr Zulkifli berkata, langkah utama yang perlu diambil seluruh rakyat Malaysia ialah menghindari terlebih dahulu daripada merebak dengan banyak kerana mencegah lebih baik daripada meraw4t.

“Saya memohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan laporan dan juga maklumat terkini bagaimana v1rus itu boleh mengj4ngkiti supaya masyarakat mendapat maklumat yang terus dan jelas,” kata beliau lagi.

Dr. Zulkifli turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan KKM atas kecaknaan dan keprihatinan bertindak pantas dalam menguar-uarkan isu yang melanda negara.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Awani via applehijau

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia” – Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung kor0nav1rus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*