“Sorong Suami Naik Pelamin”… Akhirnya Air Mata Fasha Sandha Berguuguran

KETABAHAN seorang wanita yang menerima kekurangan seorang lelaki sebagai suami mengundang rasa terh4ru dan kagum aktres Fasha Sandha.

Fasha, 35, yang menghadiri majlis perkahwinan rakan baik suaminya pelakon Aidil Aziz tidak mampu menahan air mata ketika melihat pasangan pengantin berjalan menuju ke pelamin.

“Tak pernah air mata turun tak berhenti. Jenuh juga tahan untuk sembunyikan. Guguur juga air mata melihat pengantin ni.

Fasha Sandha kongsi perasaan ketika menghadiri majlis perkahwinan sahabat Aidil.

“Paling kagum dengan isteri yang menerima kekurangan suami yang tiba-tiba diserang str0k tiga kali sebelum berlangsungnya perkahwinan. Kuat dan tabahnya Yin,” ujarnya.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha binti Hassan berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram pada Isnin.

Menerusi video yang di muat naik, kelihatan pengantin perempuan sedang menolak kerusi roda suaminya menuju ke pelamin mereka.

Walaupun pengantin lelaki itu tidak mampu berjalan, namun wanita berkenaan tidak malu dengan ketidaksempurnaan fizikal suaminya.

Antara komen yang diberikan netizen.

Rata-rata netizen tersentuh dan memuji pasangan suami isteri ini di ruangan komen.

“Cinta tanpa syarat, air mata kami jatuh juga, bukti cinta sejati. Semoga mereka kekal hingga ke syurga

“Dia perempuan yang hebat” ujar netizen.

Dalam pada itu, pelakon drama Semua Salahku itu turut mengucapkan tahniah kepada pasangan raja sehari Alif dan Yin dan mendoakan pasangan itu bahagia hingga ke akhir hayat.

“Tahniah di atas perkahwinan, kami doakan agar perkahwinan ini kekal ke akhir hayat dan semoga Alif cepat sembuh,”

“Alif ni salah seorang kawan rapat dengan suami saya, tahniah Alif dan Yin,” tulis Fasha.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar via News kini

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sorong Suami Naik Pelamin”… Akhirnya Air Mata Fasha Sandha Berguuguran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*