Waktu perkahwinan sahaja mencecah RM10 juta. Awek Trivago ni bukan calang calang orang

Jika sebelum ini anda selalu menonton televisyen atau menonton video di youtube pasti setiap hari anda akan melihat wajahnya dalam iklan Trivago. Gadis Trivago atau “Talent Trivago” ini sebenarnya bukan calang-calang orang. Namun selepas empat tahun, akhirnya pengacara HLive, Dahlia Shazwan mengumumkan meninggalkan peranannya sebagai wajah Trivago.

Personaliti tinggi lampai atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan merupakan salah seorang pengacara televisyen di rangkaian Astro. Dahlia Shazwan merupakan anak jati Kuala Lumpur yang dilahirkan menerusi program realiti On Air pada tahun 2012. Dahlia Shawzwan telah tersingkir awal pada program tersebut. Namun begitu bukan bererti rezeki beliau dalam bidang penyiaran terhenti di situ.

Dahlia sebelum akui sedih kerana selepas menimba pelbagai pengalaman bersama syarikat tersebut, dia kini terpaksa mengundurkan diri. “Dan selepas 4 tahun, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal to the best role i have ever done, menjadi Miss Trivago Malaysia. 4 years guys! Berada di kaca tv sebagai awek/gadis/minah/kakak Trivago. Sedih kerana ia akan menjadi tahun terakhir saya sebagai Ms Trivago so thank you to those who believed in me! I like to think we made history!” tulisnya.

Dahlia berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu lagi, dia turut memuat naik foto perjalanannya sebagai Ms Trivago. Dahlia yang kini ibu kepada seorang anak bernama Freda, 1, turut berterima kasih kepada semua yang turut memberi sokongan kepadanya.

Malah banyak pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang menjadi wanita yang pernah tular menerusi iklan-iklan Trivago. Sebelum ini, pernah tular beberapa video bayi yang terpukau dan gembira selepas menonton iklan Trivago yang menampilkan Dahlia sebagai jurucakap.

Untuk rekod, Dahlia mendirikan rumah tangga dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016 dengan anak kepada Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Datuk Ismet Suki. Suaminya, Shafiq Ismet merupakan seorang eksekutif pemasaran. Apa yang menarik semasa perkahwinan, mereka mendapat tajaan mencecah RM10 juta untuk majlis pra perkahwinan, pernikahan dan persandingan. Boleh follow Dahlia Shazwan di instagram – Instagram Dahlia Shazwan.

Berikut di bawah adalah biodata penuh Miss Trivago, Dahlia Shazwan. Nama penuh: Dahlia Shazwan binti Mohd Amin. Nama Komersil: Dahlia Shazwan. Tarikh Lahir: 1 Jun 1988 Asal: Kuala Lumpur. Status: Berkahwin. Pendidikan: Merupakan graduan jurusan komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Suami: Shafiq Ismet

Sumber : rotiplanta

Tekad jadi pengacara.

Sejak kecil, dia bertekad mahu menjadi pengacara dan bekerja di hadapan kamera. Malah impian itu sudah ditetapkan dalam kotak fikiran wanita bertubuh lampai dan berwajah manis ini sejak usianya 12 tahun. Menariknya apa yang diimpikan Dahlia Shazwan Mohd Amin, 27, menjadi kenyataan dan dia benar-benar bersyukur dengan aturan yang ditetapkan Maha Esa untuknya.

Dahlia kini pengacara yang menjadi ‘anchor’ untuk program infotainment Hlive di Astro Ria dan pernah mengendalikan program masakan Citarasa SunQuick di TV3. Katanya, sejak di zaman sekolah lagi dia sudah merencana impian beraksi di hadapan kamera agar menjadi kenyataan.

“Apabila saya berkongsikan kisah hidup saya mengejar cita-cita menjadi pengacara, orang susah hendak percaya. Namun itulah hakikatnya. Saya mahu bekerja di hadapan kamera sejak usia 12 tahun. “Orang lain ada pilihan sekiranya cita-cita utama mereka tidak tercapai tetapi tidak saya. Memang saya sudah kata dalam diri, kalau saya tidak dapat menjadi pengacara, saya tidak dapat membayangkan diri melakukan kerja lain,” katanya ketika ditemui di sesi fotografi bersama Selebriti.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mediametroterkini/Slamber Media

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Waktu perkahwinan sahaja mencecah RM10 juta. Awek Trivago ni bukan calang calang orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*