Public Health Malaysia k3cam persembahan Aina Abdul kerana seolah menyampai mesej neg4tif

Tampil menjadi finalis yang kedua, penyanyi Aina Abdul membawa kelainan dalam persembahannya menerusi Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Dengan memakai busana serba putih, lagu berjudul Sumpah ciptaan sepenuhnya oleh beliau itu memukau orang ramai apatah lagi ditambah pula dengan vokal yang luar biasa.

Lebih menarik perhatian apabila titisan da-rah turut mengalir keluar daripada busana berkenaan pada pertengahan persembahan sekaligus membuatkan penonton meremang dengan tema tersebut.

Persembahan tersebut menjadi ‘trending’ di laman Twitter yang rata-rata memuji kehebatan penyanyi berusia 27 tahun itu dalam menyampaikan lagu berkenaan yang disifatkan unik dan ‘power’.

Persembahan Konsep Bnuh Diri Keterlaluan & Mel4nggar Peraturan

Sangat mengejutakan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan bu-nuh diri di pentas AJL tahun ini? Stesyen tv dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adengan sedemikian di media.

Dalam persembahan tersebut, penyanyi tersebut yang berpakaian serba putih telah meni-kam dadanya sehinga da-rah membuak buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan darah pekat yang mengalir.

Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang SALAH kepada audience mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu menamatkan riwayat dengan menikam dada.

Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adengan membu-nuh diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk menamatkan riwayat.

Bagi individu yang memiliki masalah men-tal, adengan seperti ini boleh menyebabkan TRIGGER yang boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka untuk menamatkan riwayat.

Bagi memastikan perkara seperti ini TIDAK BERULANG kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat perlaporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF).

Setengah netizen setuju dengan kenyataan dari Public Health Malaysia kerana persembahan ini tidak sesuai ditonton walaupun mempunyai mesej yang berlainan.

 

 

Kreditr: EE sohor

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Public Health Malaysia 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Public Health Malaysia k3cam persembahan Aina Abdul kerana seolah menyampai mesej neg4tif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*