“Allah Makbulkan Kata-Kata Saya ..” – Ibu Zahirah Macwilson Dedah Saat Berkenan Dengan Aiman Hakim Ridza

Ibu kepada aktres Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff, 46, mendedahkan dirinya terpikat dengan keperibadian aktor Aiman Hakim Ridza selepas menonton drama Girlfriend Aku Dari Ner4ka.

Kata Maslinda, sebelum Zahirah dan Aiman bercinta dia pernah menyuruh anak perempuannya untuk berlakon bersama namun telah ditolak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Zahirah x Aiman | Stay tuned.. #zahirAH Photographer : @cstproduction

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

“Mula-mula saya nampak Aiman dalam drama Girlfriend Aku Dari Ner4ka. Saya cakap dalam hati minatnya tengok Aiman ini.

“Saya bagi ‘hint’ dekat Zahirah. Saya cakap saya suka lelaki ini sebab nampak sikap dia yang merendah diri. 

“Saya suruh Zahirah cuba untuk berlakon bersama-sama. Tapi Zahirah taknak. 

“Lepas tu saya dapat tahu mereka berlakon bersama dan timbul detik cinta itu ketika drama Cvri-Cvri Cinta.

Alhamdulillah, masin mulut saya. Allah makbulkan kata-kata saya. Saya memang berkenan sangat dengan Aiman,” katanya kepada Gempak.

Tambah Maslinda, dia tidak dapat menggambarkan perasaan gembira selepas melihat puteri kesayangannya menamatkan zaman solo.

“Aiman seorang yang baik, saya nampak dia boleh jaga Zahirah dengan baik. 

“Saya bangga lihat mereka boleh sampai hingga tahap menjadi suami isteri. Mereka sepadan justeru ditakdirkan untuk hidup bersama,” katanya lagi.

Zahirah dan Aiman berkahwin pada jam 9.00 malam semalam di Mercu Mustafa Kamal, Damansara.

 

Foto: CST Production

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Allah Makbulkan Kata-Kata Saya ..” – Ibu Zahirah Macwilson Dedah Saat Berkenan Dengan Aiman Hakim Ridza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*