“Bukan Sahaja Penyanyi, Bilal Istana Negara Pun Datang Belajar” – Mark Adam Kongsi Pengalaman Buka Akademi Menyanyi

Penyanyi Mark Adam mendedahkan akademi nyanyian miliknya, Suara Academy turut didatangi golongan agama sebagai pelajar.

Menurut Mark, kehadiran bilal tersebut ke akademinya bukanlah bertujuan untuk menyanyi tetapi untuk mempelajari teknik-teknik vokal.

“Dia akan masuk ke Istana Negara untuk menjadi bilal dan mengalunkan azan setiap kali masuk waktu solat. Laungan azan juga memerlukan teknik-teknik yang sama seperti nyanyian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

So macamana episode pertama guys??? Kita jumpa minggu depan 🥳🤘 #ICanSeeYourVoiceMalaysia3 #ICSYV Outfit : @guess #guessmy Stylish : @yumimarina

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

“Sebagai pertukaran, dia turut mengajar kami tentang bidang agama dan mengajak mana-mana pelajar yang mahu mendalami ilmu tersebut untuk turut serta. Kami di sini menggelarnya cikgu Zul,” ujar Mark kepada Gempak.

Mark ditemui ketika majlis bertemu media bersempena tiga tahun penubuhan Suara Academy di Neo Damansara, Petaling Jaya pada Selasa.

Tambah Mark lagi, selain orang biasa, antara penyanyi yang pernah datang untuk mempelajari vokal di akademinya adalah Fattah Amin, Janna Nick, Aiman Tino, Nazim Othman dan ramai lagi.

“Suara Academy bukan sahaja kelas vokal tetapi kami merupakan satu keluarga yang terdiri daripada empat guru vokal dan alat muzik serta seorang jurutera bunyi.

“Alhamdulillah, setelah tiga tahun penubuhan, kami semakin berkembang dengan bilangan anak murid melebihi 200 orang serta ribuan pelajar separuh masa,” kata Mark lagi.

Sekadar info, Mark dilahirkan di Cebu, Filipina dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001.

Selain penyanyi, Mark turut dikenali sebagai pelakon dan pelawak. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Bukan Sahaja Penyanyi, Bilal Istana Negara Pun Datang Belajar” – Mark Adam Kongsi Pengalaman Buka Akademi Menyanyi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*