Bawa Watak ‘Hero’, Zahirah Macwilson Teruja & Berdebar Dengan Filem Pertama

Pelakon Zahirah Macwilson akui teruja dan berdebar untuk menantikan kemunculan filem pertamanya iaitu Bulan & Pria Terhebat yang bakal ditayangkan pada 12 Mac depan.

Menurut Zahirah dia terharu kerana pengarahnya, Ghaz Abu Bakar sendiri menawarkan watak aksi yang diimpi-impikan selama ini.

“Saya sudah lama mengimpikan untuk berlakon dalam filem aksi dan tidak sangka saya berpeluang untuk tampil dalam filem pertama ini.

“Saya sangat bersyukur dan terharu kerana ditawarkan oleh Ghaz untuk membintangi filem ini.

“Untuk filem pertama ini saya rasa sangat teruja dan dalam masa yang sama sedikit berdeb4r untuk melihat penerimaan ramai,” katanya kepada Gempak.

Filem bergenre aksi komedi itu turut menampilkan pelakon lain seperti Zizan Razak, Khir Rahman, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Bulan, Zahirah memberitahu dia seorang pelatih pasukan tentera khas dari Indonesia yang mencari adiknya.

“Bulan ini merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia . Dia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

“Kemudian, Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky.

“Namun usaha mereka dihalang apabila Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris,” katanya lagi.

Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu ditayangkan pada 12 Mac depan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bawa Watak ‘Hero’, Zahirah Macwilson Teruja & Berdebar Dengan Filem Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*