“Kalau Emma Dapat Anak, ‘Confirm’ Kembar…”- Peminat Teruja, Rupa-Rupanya Suami Emma Maembong…

Pelakon Emma Maembong mendedahkan bahawa suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32, mempunyai saudara lelaki kembar.

Menerusi video yang dikongsi di akaun Insatgram miliknya, Emma, 27, merakam gelagat suaminya bersama kembar yang dilihat mempunyai gelak tawa yang sama.

“Kelakar sangat tu my twins…” tulisnya.

Rakaman video tersebut telah mendapat perhatian pengikut serta peminatnya yang teruja apabila mengetahui suaminya itu mempunyai genetik kembar.

“Kalau Emma ada anak nanti ‘confirm’ dapat kembar sebab dah ada genetik kembar dari belah suami mari kita doakan aamin.

“Ooo baru tahu kembar.. selama nie tunjuk yang adik jer…

“Yang mana satu suami Emma ini?” antara komen yang diturunkan.

Emma dan Shazli yang juga seorang juruterbang telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kelakar sgt tu 🤣 my twins @shazli.a @shaznin.a ❤️🥰 #EmaNizers #EmmaMaembong #EmmaXShazli #ESLoveStory @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kalau Emma Dapat Anak, ‘Confirm’ Kembar…”- Peminat Teruja, Rupa-Rupanya Suami Emma Maembong…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*