Koleksi Seluar Belon ‘Aladdin’ Undang Pelbagai Reaksi Lucu

Tidak dapat dinafikan seni adalah sesuatu yang tidak semua orang dapat fahami. Industri fesyen contohnya kaya dengan rekaan-rekaan yang p3lik dan luar biasa.

Ramai pereka fesyen berlumba-lumba untuk menghasilkan konsep yang tidak pernah diketengahkan untuk menarik perhatian. Trend ini biasanya menghasilkan rekaan-rekaan yang membuat orang ramai geleng kepala.

Terbaru, satu rekaan seluar yang telah dibentangkan oleh Harikrishnan, seorang pelajar fesyen di London College of Fashion pula menjadi buah mulut netizen.

Seluar oleh pelajar yang berasal dari Kerala tersebut diinspirasikan oleh seluar harem dengan bahagian kaki yang mengelembung seperti belon, dan dipasangkan dengan blazer dan jaket dalam peragaan koleksinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Graduate collection ‘Let’s Put Him in a Vase ‘from LCFMA in-house presentation. This lineup was the culmination of some wonderful collaborations. All my artisans back in the beautiful Channapatna, @supatex for their amazing range of latex, @balya_ikka for the shoes. Photo by @huihai_chen_ Hair and makeup @tonyandguy_official Models : Tancerede, Jem, @christianbootle and Queba . . . . . . . . #lfw #lfw2020 #lcfma #londonfashionweek #avantgarde #plastikmagazine #lovemagazine #inflatablefashion #nowfashion #tankmagazine #wallpapermagazine #wallpaperdesignawards2020 #wmagazine #makersgonnamake #britishvogue #contemporarycraft #craftscouncil #collect2020 #cremerging #loewefoundation #inflatablesculpture #graduatefashion

A post shared by Harikrishnan (@harri_ks) on

Pereka pakaian lelaki itu menghasilkan rekaan unik dengan siluet 3D yang melampau itu untuk koleksi siswazahnya.

Seluar belon getah berkenaan telah mencuri perhatian pengguna media sosial dan gambar koleksi pelajar tersebut tular di internet.

Walaupun ramai yang memuji pereka fesyen itu atas rekaan yang dianggap sebagai futuristik, ada juga yang memberikan reaksi lucu dengan membandingkan seluar berkenaan dengan seluar kembang dalam watak Disney Aladdin.

“Akhirnya pereka fesyen mengambil idea dari watak Disney kegemaran saya…”

 

 

“Benda pertama yang muncul di kepala…”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Koleksi Seluar Belon ‘Aladdin’ Undang Pelbagai Reaksi Lucu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*