Ceria, mudah terhibur dan sempoi. Itu yang boleh digambarkan terhadap keperibadian pelakon dan pengacara, Ain Edruce.
Bagaimanapun, figura tinggi lampai ini akui dirinya harus ‘mengawal’ diri dalam mengendalikan program realiti, Hero Remaja 2020.
“Saya diberikan kepercayaan oleh pihak produksi untuk menggalas tugas sebagai pengacara Hero Remaja 2020.
“Secara tidak langsung saya perlu ‘behave’ kerana program Hero Remaja merupakan satu program realiti matang.
“Orang mengenali saya dengan sikap yang ‘gila-gila’ dan masuk air, tetapi bagi mengendalikan program sebegini, saya tak boleh terlalu remaja dan terlalu matang sangat dalam mengendalikan program ini, jadi saya hanya bersifat sederhana, santai dan rileks,” katanya kepada MH.
View this post on InstagramApe beza @amirul_hafizz gamba 1 dan gamba 2 ? Cam sama je 🙄 @amirul_hafizz #ainxxamirul
Dalam masa sama, pelakon drama Camelia ini bersyukur kerana ini merupakan tugasan pertamanya bagi tahun 2020 selepas mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz pada Disember tahun lalu.
“Alhamdulillah, ini merupakan tugas pertama saya selepas bergelar isteri. Benarlah kata orang, rezeki selepas kahwin itu sentiasa terbuka luas.
“Malah, suami juga ada beri nasihat agar kawal diri semasa mengendalikan program realiti yang terdiri daripada 12 finalis yang kacak,” seloroh Ain.
View this post on InstagramNervous nk potong but…why not🔥 On ta on ? @miedy.daniel @chezhairstudio_pro_hair_team
Program Hero Remaja bersiaran setiap hari Khamis jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Terdahulu, program tersebut telah pun memulakan siaran pertamanya, disiarkan 27 Februari lalu.
Turut menampilkan Scha AlYahya dan Datuk Hans Isaac sebagai juri tetap.
Foto : Instagram Ain Edruce
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
Be the first to comment on "“Saya Perlu ‘Behave’ Sebagai Pengacara Hero Remaja 2020,” – Ain Edruce Terima Nasihat Suami"