Anim Ezati Rimas Dig4nggu Safawi Rasid

Pengacara Anim Ezati Rizki memberitahu dirinya rim4s apabila masih dikunjungi panggilan bekas kekasih, pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid walhal mereka sudahpun putus sejak Januari lalu.

Meskipun Safawi pada awalnya dapat menerima hakikat hubungan mereka berakhir, namun ia tidak berlarutan lama.

“Pada mulanya Safawi okey tetapi selepas itu dia masih menghubungi saya beberapa kali.

“Tidak cukup dengan saya, dia ada berhubung dengan keluarga dan rakan terdekat saya,” dedahnya kepada portal Astro Gempak.

Anim yang bahagia dengan kehidupan baharu, menganggap bintang sukan ternama itu barangkali pelik mendapati dia tidak berhubung semula.

“Saya rasa mungkin Safawi berasa pelik kerana saya tidak mencari dia semula walaupun dia sudah menghubungi saya.

“Kalau dulu, setiap kali dia melakukan kesal4han, saya akan memaafkannya memandangkan kami sudah tiga tahun bersama.

“Namun kali ini, saya sudah membuat keputusan untuk meneruskan hidup saya tanpa dia.

“Saya juga bersyukur apa yang dilakukan oleh Safawi langsung tidak mengg4nggu perasaan saya cuma semakin lama, ia merimaskan,” katanya.

Anim akui, dia sedia maklum dengan hubungan terkini Safawi bersama aktres baru, Syifa Melvin.

Kredit foto: Instagram @syifamelvin

“Sebenarnya, saya dapat tahu hubungan Safawi dengan Syifa menerusi peminat.

“Ada segelintir pengikut yang ‘tagged’ video dan gambar mereka kepada saya. Malah, Safawi sendiri sudah mengaku kepada saya.

“Dalam masa yang sama, Safawi masih cuba menghubungi saya dengan menggunakan nombor kawan-kawannya kerana saya sudah ‘bl0ck’ Safawi di WhatsApp.

“Safawi juga menyatakan dia masih menyayangi serta merindui saya.

“Dia juga menyuruh saya untuk putus dengan teman lelaki saya dan kembali kepadanya,” katanya.

Namun Anim nekad mendedahkan kepada adik pelakon Syatilla Melvin itu berkenaan perbuatan Safawi terhadapnya.

“Saya berker4s dengan mengugvt untuk memberitahu perkara ini kepada Syifa namun dia sangat yakin bahawa saya tidak akan melakukannya.

“Tanggapan itu salah kerana saya sudah memberitahu rakan rapat Syifa tentang apa yang terjadi.

“Niat saya memberitahu perkara sebenar kerana takut apabila semua ini kant0i, ia akan menjejaskan hubungan saya dengan Syifa.

“Selepas beberapa hari, Safawi ada memarahi saya kerana menceritakan perkara ini kepada kawan Syifa.

“Saya masih menyimpan kiriman mesej yang dihantarnya. Jadi, saya beranggapan Syifa sudah mengetahui segalanya. Saya sudah selesai dengan bahagian saya,” katanya.

Untuk rekod, pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu juga pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa selebriti wanita lain seperti Wani Kayrie, Sweet Qismina dan Ruhainies.

Sumber berita: Astro Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : ilumiasi.com via slambermedia

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Anim Ezati Rimas Dig4nggu Safawi Rasid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*