Pengacara Nabil Mahir mengakui terbit rasa rindu untuk menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah.
Menerusi laman sosial Instagramnya, Nabil, 32, memuat naik sekeping foto ketika berada di sana untuk tatapan umum.
“Sebenarnya, Nabil rindu nak menunaikan umrah lagi. Bila memasuki pintu Masjidil Haram, bila minum air Zamzam, bila melihat Kaabah, bila sedang mengerjakan tawaf, bila sedang mengerjakan sai, bila dapat saf depan, bila dapat sembahyang sunat dan doa di Hijir Ismail, bila dapat civm Hajar Aswad
“Ya Allah, tak ada satu benda di dunia ni pun yang memberi rasa kenikmatan macam tu. Nabil rasa happy sangat dapat lihat ramai yang dapat pergi. Moga Nabil pun dapat pergi lagi untuk merasa nikmat Allah itu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah, Nabil turut sempat mendoakan agar pengikutnya juga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu.
“Pada yang belum pernah pergi, moga anda juga dapat jemputan dari Allah SWT dan dapat merasainya,” tulisnya lagi.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan komen positif dan mendoakan agar Nabil dijemput kembali.
“Insya-Allah Nabil, semoga Nabil boleh pergi berdua dengan Ayda Jebat,” tulis seorang wargamaya.
“Sangat faham, perasaan rindu nak ke sana lagi sentiasa ada. Malah makin menebal. Insya-Allah nak pergi lagi,” ujar seorang wargamaya.
“Insya-Allah bang Bil, semoga ada rezeki awak buat haji dengan orang tersayang. Semoga dipermudahkan,” komen seorang wargamaya.
“Doa yang baik-baik sahabat,” luah seroang wargamaya lagi.
Difahamkan kali terakhir Nabil menunaikan ibadah umrah adalah pada tahun 2018 bersama ahli keluarganya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Bila Dapat Civm Hajar Aswad” – Nabil Mahir Rindu Nak Tunai Umrah Lagi"